Followers

Sunday, February 19, 2012

sekolah pertamaku..

entry kali ni terasa macam nak abadikan cerita sekolah lisa.. ne tau nanti 10 tahun akan datang.. lisa dah kawin, dah ada anak, anak lisa dah pandai membaca.. boleh dia baca cerita sekolah lisa ni sambil gelak guling-guling... uiiiii~~

straight to the point..
lisa mula masuk sekolah tahun 1994... sekolah pertama lisa.. sekolah tadika PGA... lisa kan anak polis... so sekolah pun haruslah dalam kem polis... baju kurung warna oren, kain coklat tua..
sekolah lisa start pukul 8 pagi and balik pukul 12 tghari... lisa ingat lagi, memula masuk skola.. kalau ikut tahun, umo lisa 6 tahun.. tapi disebabkan time tu lisa baru je pas celebrate beday yang ke 5 tahun (nov 1993).. so, ayah pun dengan tak sengajanye register lisa untuk kelas murid 5 tahun.. dah masuk skolah baru ayah adjust coz baru sedar anak ayah sepatutnya 6 tahun.. tak pasal je 3 bulan pertama tu lisa kena join kelas murid 5 tahun kan..

actually sekolah lisa ni tempatnya bawah flat je... ha'ah.. bawah flat rumah tu..
sekarang susah nak jumpa sekolah macam tu.. tapi kat kem PGA Ulu Kinta ada tau...
sekolah lisa ada 4 kelas.. merah, hijau, biru, kuning... n lisa dulu kelas biru..

haaa... korang nak tau tak aktiviti wajib untuk kitorang setiap pagi??? dulu kan setiap pagi, kitorang kena berkumpul kat padang sebelah kelas... untuk apa???
kitorang akan buat senamrobik..
yang bestnye.. setiap murid akan dapat sepasang pom-pom... alaa... pom-pom yang macam pom-pom girl biasa guna tu... hehehe... best tau.. tiap org akan dapat sepasang and kitorang kena jaga pom-pom girl masing-masing sampai la ujung tahun..
time senamrobik tu kan kitorang akan menari ikut rentak lagu.. macam-macam lagu ada... yang lisa paling ingat.. lagu ramlah ram...
"jangannn.. cobaaa.. merayu lagi... takkan ku ulangi bercinta denganmuuu... "
hehehe... sape tahu lagu tu??...

kat sekolah tadika benda wajib yang kita akan belajar biasanya ABC...123... kan???
sama ala dengan lisa..
ni plak cite dari mama..
mama cite, dulu time tadika.. cikgu bagi lisa kerja rumah... kena tulis Aa Bb Cc Dd... ulang benda yang sama sampai full page... mama cakap lisa punya tulisan.. masyaAllah... orang tulis straight ke bawah.. lisa punya macam ular.. tak ada 1 pun yang straight.. mama siap buatkan colum lagi untuk lisa saperatekan setiap huruf tu.. tapi lisa buat colum tu macam tak wujud je.. sampai mama suruh lisa pegang pembaris and tulis straight kebawah ikut pembaris tu.. hehehe... lisa pernah tengok buku tulis lisa time tadika dulu... hahaha.. memang betol la apa yang mama cakap tu... semua senget-senget... :P

yang tu sekolah pagi lisa.. waktu petang, lisa sekolah agama pulak... masuk pukul 2 sampai la 5 petang.. nama sekolah lisa, sekolah agama rakyat PGA.. nak buat macam mana.. anak polis... huhu
pasal sekolah agama ni, lisa tak berapa ingat sangat yang lisa ingat, dulu ustazah selalu suruh kitorang hafal surah-surah yang ada dalam Al-Quran.. yang lisa paling ingat surah A'basa... korang tau tak surah tu??? pergi check dalam Al-Quran... time tadika lagi lisa dah kena hafal surah yang panjang tu tau.. ustazah suka test sorang-sorang murid untuk hafal.. yang belom hafal, kena tunggu kat luar kelas.. yang dah hafal baru boleh duduk dalam kelas.. lisa dengan kawan lisa ni awal- awal lagi dah hafal.. ceehhh~~ tapi kitorang tak terus pergi baca dekat ustazah.. selalu bagi can kat budak lain dulu... time duk kat luar kelas tu kitorang lari jap pergi beli jajan.. pastu???
kitorang akan makan jajan tu dulu sambil round-round kat keliling taman sebelah kelas sambil baca surah yang kena hafal tu kuat-kuat... hahah... gaya macam kena denda je kan.. padahal rela hati tu tau...

haaa... ni la pic time lisa tadika... cuba korang cari lisa....
tak jumpa??? cari la betol-betol...
huhuhuhu...
oke la, lisa bagitahu... lisa yang pakai tudung, duduk no2 dari kiri...
hahahaha... cute tak???? kalau tak cute pun kena cakap cute jugak!... :P

.

my weekend..

lama rasanya tak on9 pakai lappyku ini.. huhuhu..
weekend yang tak berapa nak meriah ni, lisa abiskan lepak kat secret recipe.. huhuhu..
lisa angkut lisa punya lappy, buku conteng, pen, enpon, handsfree..
cari port yang paling best.. order new york cheese cake favret lisa n iced blended cuppucino, then, buat macam umah sendiri.. huhuhu..
jahat kan?? :P

cuti lisa tinggal beberapa hari je lagi.. tak sampai pun 2 minggu..
sebelum cuti aritu rasanya beria-ia lisa post entry pasal lisa nak wat kek kan???
tapi.... sampai skrg ni 1 kek pun lisa tak wat lagi.. huhuhu...
nak buat macam mana.. banyak sangat makanan yang lisa teringin nak makan sebelum cuti aritu.. laksa, spegetti, cookies, n beberapa lagi makanan yang lisa tak boleh nak masak kat kelantan tu..
sekarang, sume tu dah setel.. so, boleh la lisa teruskan niat nak main bakar-bakar loyang kat rumah ni.. hihihihi...
mama pun support...
mama cakap, "lama dah tak buat kek, so, kakak buat la.. mama tukang makan.."
erkkk.. ni yang tak best ni.. jujurnya lisa tak pernah buat kek yang dibakar.. kalau kek kukus and kek batik yang just masuk dalam fridge tu selalu la... huhuhu...
lisa dah plan nak buat 2 jenis kek... 1 requested by mama.. n 1 lagi memang dah lama lisa nak try buat.. hope menjadi.. kalau menjadi nanti lisa buat entry report k.. ^_^

**mood eksaited nak cari bahan buat kek.. ^_^








..

Monday, February 13, 2012

tazkirah dari mama 5x seminggu..

bila duduk rumah, selain dapat spent time dengan mama, sembang-sembang dengan mama... perkara wajib yang lisa terpaksa dengar is tazkirah... T__T
setiap hari topik memang tak berubah..
hurmmm...
mama, umur elly baru 24 tahun... owhhh... sudah 24 tahun...
but nak buat camne kalau jodoh tu belom sampai???

mama : kamu... bla..bla..bla...

elly tau, tapi... nak wat camne... anak mama ni tak de orang yang nak... (saje wat ayat sedih..hukhuk)

5x seminggu lisa kena dengar benda yang sama.... lisa tak tipu...

hurmmm...

mama, andai mama faham apa yang ada dalam hati elly.. mesti mama mengerti kenapa semua ni jadi..
elly tak mahu mencipta sesuatu yang sia-sia... maknanya.. elly inginkan sesuatu yang dapat puaskan hati semua orang..
andai elly ditemukan dengan seseorang.. elly harap sidia adalah seorang yang dapat menyenangkan hati mama dan ayah untuk menerima dia sebagai sebahagian dari family kita..
kehadiran bukan hanya untuk kebahagiaan elly seorang.. tapi untuk kita sekeluarga..

mama, andai mama tahu.. mungkin dimata mama elly kelihatan sebagai seorang yang cepat mengalah.. mungkin..
tapi semua yang elly lakukan bersebab..
elly tak mahu kebahagiaan yang dibina bermula dengan adanya rasa marah dan iri hati melainkan dia hak elly.. dan mengambil hak orang bukanlah elly..

mama, elly tahu.. dalam hati mama timbul kerisauan untuk elly bila mama tengok anak orang lain yang sudah berkahwin.. dan elly ingat lagi kata-kata mama time anak cik mas yang sebaya dengan elly tu menikah minggu lepas..
'lega mas anak dia dah lepas'..
tapi anak mama... ntah bila.. kan??
jodoh elly belum sampai ma...

mama doakan lah.. mama dapat menantu lelaki yang baik, yang jaga solat, yang boleh jamin masa depan elly.. macam yang mama suruh elly cari tu.. :))

bila memandu, orang cakap, biar lambat.. asalkan selamat..
untuk elly.. biar lambat, asalkan semua happy.. :)

**sume orang cakap lisa muda lagi.. tapi mama cakap.. u're not... T__T
..

Saturday, February 4, 2012

cerita sedih.... :((

Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!..