Followers

Friday, April 26, 2013

Lupakan andai dia bukan milikmu

Tidak dinafikan kesedihan dan kegembiraan masa lalu terlalu sukar untuk dilupakan..

"Tiada yang paling indah dalam hidupselain bersaudara denganmu, tiada yang paling sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana kebaikan dan pengorbananmu."

hidup memang perlu bertoleransi kerana membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengayakan jiwa, melagakan nafas dan menjamin bahagia. Namun, atas pelbagai sebabdan alasan, adakalanya kita WAJIB melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik, tapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya.
setiap kali teringat, hati terasa terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina buku baru.

 

Bagaimana??

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk nombor telefon, gambar, hadiah dan semua yang boleh mengingatkan kita kepadanya....bukan tidak menghargai pemberiannya, tapi tidak mahu lagi terkenang-kenang.

- Kenang kejahatannya lebih dari kebaikannya....bukan hendak menafikan kebaikkannya, tapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

-Anggap dia bukan dijadikan untuk anda.... dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain. Mungkin dia tidak baik untuk anda dan sebaliknya.

- Percaya pada jodoh.... Takdir dan hikmah disebalik perpisahan ini pasti ada, anggaplah ini satu pelajaran dalam hidup.

- Carilah pengganti.... Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik. kalau terus menangisi sesuatu, kenbahagiaan pun takut dengan kita tau.. ^_^

- Usah biarkan hati digayut rindu....ramai lagi orang lain yang perlukan kamu dan ramai lagi yang rindukan kamu.

- Elakkan dari kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.... sekurang-kurangnya bila berjumpa orang lain kita tak ada masa untuk mengingati benda yang dah lepas.. ^_^

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah mengenalinya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan dengan insan yang salah supaya akan lebih ersyukur apabila ditemukan dengan insan yang betul.... ini mengajar kita untuk belajar dari kesilapan.. ^_^

- Mohon pada Allah supaya dia lenyap dari fikiran kita.... jika ditakdirkan dia bukan jodohku lenyapkanlah dia dari ingatanku, kerana sesungguhnya cinta abadiku hanya padaMu ya Allah...

Biarlah masa merawat segalanya. tak guna untuk terus menangisi kehilangan si dia tapi itu tidak bermakna kita tak boleh menangis bila setiap kati hati kita terasa teramat rindukan si dia. Biarlah sesekali air mata itu membasahi pipi agar berkurangan rasa rindu di dada.

jangan sesekali merasa putus asa untuk bercinta lagi. Jangan menjauhi cinta dan jangan menghalang cinta mendekati diri kita. Percayalah apabila kita dicintai, kita akan lebih mudah untuk melupakan si dia. 





..

happy birthday mama!!

what date is today??
today is 26th..
and today is my lovely mom's 48th birthday!!!...



 hurmmm... theres no surprise made for today coz semua orang buzy kerja and sekolah.. but tomorrow insyaAllah.. huhuhu... lisa plan nak wat cuppies.. lama dah tak baking-baking.. huhuhuhu..

and this weekend lisa plan nak buat macam-macam... terasa amat rajin plak nak masuk dapur ujung minggu ni.. so, hopefully semua plan lisa menjadi la.. takmo jadi macam slalu.. hangat-hangat tahi ayam je.. ahaks!






..

Wednesday, April 17, 2013

pilihan dalam hidup...

hidup ni terlalu banyak pilihan..
setiap masa, setiap saat.. pilihan sentiasa ada didepan mata kita..

kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'..

"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yng telah dilakukan untuk hari esok (akhirat).."
Surah Al-Hasyr : ayat 18

andai diri tersepit dalam membuat pilihan.. mohonlah pertolongan dari Allah.. beristikharahlah.. sesungguhnya Allah maha mengetahiu apa yang terbaik untuk kita..

bekerjalah dan berusahalah seperti kita akan hidup lagi 100 tahun..
dan beramal lah seperti kita akan 'pergi' esok hari..
^_^





..

Tuesday, April 16, 2013

ajari aku - anuar zain

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Kuharap engkau mengerti
Akan semua yang  ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalanku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa... mencintaiku.

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu.........


** really love this song, lirik dia yang sangat menbuat lisa tersentuh...
Ya Allah... Ajari aku Ya Allah.. :')



.

Badan Sihat Otak Ceria..

Dah jadi rutin terbaru lisa.. balik je dari ofis, rehat, solat, wat apa yang patut jap.. tepat pukul 5.45petang, lisa akan pergi joging.. activiti terbaru lisa yang sangatlah menyeronokkan..

biasanya lisa pergi joging kat dataran banting.. tak pun kat bukit jugra.. tapi kalau kat bukit jugra memang terasa kepuasannya.. mana tak nye.. panjat bukit tuuuu...
akan pergi ngan adik lisa yang no 3.. dia memang sangat sukakan aktiviti yang macam ni.. setiap hari joging, tak pun cycling, tak pun gym.. tu je la kerja dia.. tapi yang lisa boleh join cuma joging je la.. hehehe


ni la pandangan dari bawah bukit jugra.. nampak tulisan jugra tu?? jap lagi lisa sampai sana.. :D

apa yang lisa nak share kat sini, perasaan bila pergi panjat bukit jugra..
sebelum naik tu rasa sangat la tak confident..
asyik fikir, boleh ke sampai atas ni??
naik kereta pun semput-semput.. inikan pulak jalan kaki..
bila dah half way..
mak oiiii... penatnye!!!!..
rasa macam nak patah balik je..
tapi.. adik lisa punya la semangat jadi lisa punya pompom boy.. hahahaah..
finally.. bila dah sampai atas..
seriously sangat puas....
sangat-sangat puas... hwahahaha.. betapa nak cerita kepuasan tu kan.. :P
padahal naik bukit jugra je pun.. hihihi..

apa yang buat lisa rasa puas?
sebabnye dari atas bukit tu kita boleh nampak pemandangan yang sangat cantik..
sambil menghirup udara atas bukit..
hilang semua tention, strees, masalah...
yang penting badan pun terasa sihat.. :)



view dari atas bukit

and kalau semua nak tahu.. bukit jugra ni femes dengan aktiviti paragliding.. alaaa.. yang macam payung terjun tu.. tapi lisa tak pernah try pn..

p/s : semua gambar adalah ihsan dari google sebab lisa kalau pergi joging sehelai sepinggang je.. so tak boleh nak snap apa-apa pun... :)


..