Followers

Saturday, April 23, 2011

andainya awk tau....

Andainya lelaki tahu... Apabila seorg perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinye punya segala tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu... Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus menyintai lelaki itu.

Andainye lelaki tahu.. apabila seorang perampuan marah, memang dia tak mampu mengawal perasaannya, tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah, semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda... ^_^

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecik yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila prempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahs tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu kepadamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. dia mahu melihat sejauh mana kamu mahu jadi yang terbaik diamatanya. walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya. selgi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. apabila perempuan menjadi degil, dia bukn bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu, apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emotional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Anda lelaki tahu... sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami. mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah dengan indah skali. Disebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan sorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah, tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin mampu membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


-jadi, hargailah kehadirn seorang perempuan dalam hidup anda, kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik buat anak2 anda...

*bangga lahir sbg sorg perempuan... hihihi


with love,

♥mellylisa♥

No comments:

Post a Comment