Tuesday, May 24, 2011
sayangilah siapa takdir buat kita..
Mengapa kita sayang dia?
Kita hairan, begitu ramai cinta indah yang menyapa, dia seakan kuat punya nafas cinta buat kita. Marah,senyum, ketawa dan duka, kita tetap seakan terpegun akan hakikat dan takdir bahawa tenangnya kita bila dia hadir dalam kehidupan.
Kadang kala jodoh itu amat unik sekali. Unik kerana ketika kecil, remaja dan dewasa kita tidak pernah tahu siapa yang menjadi bayang yang menyambut bahagia milik kita, juga bahagia milik dia. Kita rasakan bahawa kadang kala juga amat lelah kita menatap akan semua kemungkinan yang tiba.
Tapi kita tetap sayang dia. Walau kuat cemburunya, walau kuat soal jawab bertalu tentang segala dan walau sukar amat dia membicarakan tentang hatinya pada kita dikhalayak, namun kita tetap sayang dia. Dia tetap payung yang menahan basah dan gerimis yang melanda.
Hakikatnya, Tuhan jadikan kita kuat kerana pengalaman pahit dan manis. Tuhan melihat sabar dan apa yang terhidang buat kita, tanpa kita lihat dan tahu pada asalnya.
Kita pernah terluka. Banyak cara terluka. Dicurangi, ditinggalkan dan dibiarkan berkelana memendam perasaan. Kita mungkin pernah melakukan kesilapan, kita melihat kembali kesilapan dia dan kita sambil mempertikaikan 'kalaulah'...
Sebenarnya, 'kalaulah' itu tiada dalam kamus seorang manusia yang memahami takdir. Kalau kita berakhir dengan kekasih lama, mungkin kita tidak dapat membahagiakan dirinya. Atau mungkin kita belum cukup baik buatnya.
Jangan disebut andainya dia berbuat jahat pada kita, buruk sangka itu jangan hadirkan dalam diri. Dia bukan hak kita, jadi noktahkan disitu.
Jadi, pada takdir kita hari ini... kita amat sayang padanya sekali. Kita cuba memahami hakikat bahawa sebenarnya Allah itu sangat sayang pada kita. Diletakkan kita berkelana jauh dihujung dunia, kerana ada hadiahNya buat kita. Hadiah yang terselidung tanpa perlu kita lihat dengan terperinci, hanya melihat bahagianya kita saat ini.
Sayangilah siapa takdir kita. Doakanlah yang amat terbaik buat kita dan dia. Kita tidak tahu apa suratan kita di hadapan, tapi doa yang kita pohonkan ialah ikhlas terbaik dari seorang insan.
*dh berhenti berfikir......... :)
with love,
♥Lisa♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment