Followers

Saturday, September 17, 2011

kisah hati perempuan pada seseorang...

perempuan,
dia sering menyembunyikn 1 rasa yg sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya.. namun tiada siapa yg dapat melihatnya... kerana dia menangis dalam senyap.. menangis di dalam hatinya.. deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan dan menyembunyikan kesedihannya disebalik 1 senyuman yg cukup manis..

kadang kala bila kita mampu tuk melihat air mata itu mengalir.. ternyata dikala itu amat perit derita yang dirasainya... dan dia seolah2 telah hilang 1 kekuatan sehinggakan dia tidak mampu untuk menyembunyikan air mata itu.. dan jika dia terus dibiarkan dalam kesedihan, tidak mustahil dia akan bertindak diluar kawalan... bimbinglah dia.. tenangkanlah hatinya...

wahai lelaki, disaat menitisnya air mata itu, jika kamu berpesan kepadanya, dan berjanji tidak akan melukakan lagi perasaannya, dia akan menerima kata2 itu sebagai pemangkin semangat yang membara.. dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan berjanji akan menjaganya, didalam hatinya dia akan memegang janjimu itu sampai keakhir hayat..

ada kalanya juga, dia jarang menyatakan rindu.. janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. kerana dia sengaja memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberi tahu sedang rindukannya.. dan apabila perampuan berkata, dia rindu sama kamu, ini bermakna bahawa dia benar2 maksudkannya.. apabila berjauhan bayangmu akan sentiasa bermain dimata..

apabila dia berkata, lelaki itu lebih baik dari kamu, jangan kau percaya kata katanya.. kerana dia hanya mahu menguji kamu.. dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya... walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik dihatinya.. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.. kerana dia telah memilih kamu sebagai dunianya..

kadang juga dia menjadi degil.. tp dia bukan bermaksud untuk menjadi degil.. cuma dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar untuk melayan kerenahnya.. percayalah, hati perempuan itu sangat lembut...andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia mampu menukar fikirannya dalam masa sesaat..

dan kadang kala bila dia berkata "tolong tinggalkan saya!".. sesungguhnya dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi buat selamanya.. dia hanya mahu menenangkan fikiran sebentar sahaja.. apabila dia kembali tenang.. percayalah dia akan mencari kamu semula.. itu tandanya dia benar2 menyintai anda dan tidak mahu kehilangan anda.. ketahuilah, perempuan sukar mengawal perasaannya hinggakan adakalanya dia terlalu emotional.. tapi dialah yang sngat menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan diri anda..

itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang, dan seseorang disini bermaksud seorang lelaki yg disayangi dan dicintainya.. jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. kerana sekali perempuan itu jatuh hati, amat susah untuk dia melepaskan dari dalam jiwanya..dan sekali terlepas, akan mengambil masa yang lama untuk pulih...


ketahuilah, sekali anda anda membuat perempuan itu bahagia, dia juga mampu membahagiakan anda selamanya, sekali anda menyakitinya, dia akan tetap begitu, masih mahu melihat anda bahagia... :)

with love,
♥lisa♥

No comments:

Post a Comment