Followers

Friday, November 25, 2011

letaklah cinta sesuai pada tempatnya... :)

zaman sekarang ni kalau perasan, ramai orang yang bercinta dan sanggup tuk korban apa sahaja untuk cinta, tanpa fikir dahulu sebelum bertindak.. akibatnya ada yang tergadai maruah diri dan keluarga..

tak salah untuk kita bercinta.. sesiapa pun boleh bercinta.. dan lisa pun tak nafikan beruntung sangat orang yang dicintai oleh orang yang dia cinta.. tapi.. bercintalah seadanya.. dan letakkanlah cinta itu sesuai pada tempatnya...

1. Cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai orang lain

Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain. .

2. Punya pendirian yang tetap

Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

3. Bahagikan hidup kamu dengan hal-hal yang lain

Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan dihabiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segalagalanya dengan baik dan teratur.

4. Berkorban biarlah berpada-pada

Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.


:)

*tak salah untuk bercinta.. nikmatilah cinta itu.. tapi letaklah ia sesuai pada tempatnya... semoga kita sama2 bahagia... :)

with love,
♥lisa♥

No comments:

Post a Comment