Followers

Saturday, March 3, 2012

cinta jarak jauh

google2 ditengah malam... lisa terjumpa 1 article yang sangat menarik minat lisa...
apa pun jom baca dulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

. semua pernah bercinta tak? Tak kiralah cinta monyet ke atau cinta betul-betul, yang penting pernah atau tidak? Cinta korang tu cinta jarak dekat yang 24 jam boleh ngadap muka (tak rasa loya ke) atau cinta jarak jauh yang hanya boleh dengar suara kat telefon? Agak-agaknya macam mana bercinta tapi tak dapat tengok muka dan paling syahdu hanya boleh berangan si dia ada di depan mata je!

Oleh itu untuk coretan kali ni, saya nak bawa korang semua untuk sama-sama menyelami dasar hati rakan-rakan kita yang pernah melalui proses cinta jarak jauh ni. (Dengar jarak jauh je dah macam tak best kan?) Tapi sebelum buat andaian sendiri lebih baik kita rujuk kepada tuan empunya badan.

Cinta Dua Negara


Responden pertama, Azman Hj Ahad mengakui pernah dan sedang menjalani hubungan cinta jarak jauh sejak lima tahun lalu. Untuk pengetahuan korang, Azman ni warganegara Brunei Darussalam namun telah jatuh hati dengan gadis Malaysia. Wah, kiranya cinta dua negara la ni kan. Menurut Azman, dia mengenali buah hatinya itu melalui laman sembang di internet. “Kami mengambil masa selama dua tahun untuk mengenali hati budi masing-masing dan hanya selepas dua tahun cinta kami berputik,” terang Azman.

Ditanya tentang halangan yang terpaksa dilalui sepanjang bercinta, Azman mengakui memang banyak cabaran dan dugaannya apabila bercinta jarak jauh. “Antara halangan utama ialah apabila kami jarang berjumpa. Paling sedih apabila si dia sangat-sangat memerlukan bantuan dan kehadiran saya, malangnya saya tak dapat nak tunaikan. Contoh paling mudah, apabila si dia jatuh sakit, saya tak dapat nak tolong hantarkan ke klinik atau berbuat apa-apa,” luah Azman dalam nada sedikit kesal.

Adat bercinta pasti ada pasang surutnya. Azman tidak menafikan bahawa adakalanya terdetik di hati rasa curiga terhadap pasangan, namun akan segera melenyapkannya daripada benak fikiran. “Kadang-kadang bila tengok couple (pasangan) lain jalan beriringan timbul rasa cemburu di hati, tapi apa boleh buat dah ditakdirkan cinta kami sebegini. Namun apa yang penting, kami memang saling menyintai dan mempercayai antara satu sama lain,” luah Azman.

Berharap agar hubungan yang dibina akan kekal hingga ke jinjang pelamin, Azman turut menitipkan nasihat buat individu yang turut melalui hubungan cinta jarak jauh. “Cinta jarak jauh ni memang banyak dugaan kerana kita akan sering rasa curiga, sedih dan rindu apabila si dia tiada di sisi. Oleh itu, minda kena bersih dan positif, hati mesti sentiasa sabar dan tabah dengan ujian yang Allah beri. Paling utama, jangan mudah curiga dengan pasangan dan kita mesti yakin dan percaya supaya hubungan tu akan kekal, Insya-Allah,” ujar Azman.

Cinta Zaman Remaja


Kita intai-intai pula cerita seorang gadis lasak yang mesra di sapa sebagai Iela. Iela dan pasangannnya Fadhil sudah hampir tujuh tahun menjalin hubungan cinta jarak jauh. Mula berkenalan seawal usia remaja di sebuah majlis, Iela mengakui bahawa halangan dan dugaan sememangnya wujud sepanjang tempoh percintaan mereka.

.“Halangan yang wujud dalam bentuk kewangan dan jarak jauh memang menduga rasa. Sewaktu saya menuntut di Machang, Kelantan, si dia pula berada di Sarawak. Waktu tu hanya telefon yang menjadi penghubung antara kami. Kalau ikutkan sedih memanglah, maklumlah orang tersayang tak ada depan mata, tapi bila dah lama-lama segalanya jadi lali,” ujar Iela.

Menurut Iela, beliau dan pasangannnya kini sudah bekerjaya dan tidak lagi berjauhan seperti dahulu. “ Sekarang hari-hari dah boleh jumpa dan yang paling utama, saya tak mahu lagi berjauhan dengan si dia!” seloroh Iela.

Iela turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh percintaan mereka, tidak timbul rasa curiga yang melampau kerana masing-masing percaya akan kejujuran dan kesetiaan masing-masing. “ Mungkin disebabkan faktor itu, hubungan kami masih bertahan dan berjalan seperti biasa hingga ke hari ini,” ulas Iela menutup bicara.

Kalau Dah Jodoh Tak Kan Ke Mana

Begitulah yang berlaku terhadap Mohd Azizuddin dan pasangannya Khairah Afiqah apabila hubungan cinta jarak jauh mereka selama ini akhirnya bersatu di jinjang pelamin. Membuka bicara, Azizuddin atau lebih mesra disapa Din menjelaskan bahawa perkenalan antara beliau dan isterinya adalah secara tidak sengaja. “Nak dijadikan cerita, Kakak kepada isteri saya merupakan rakan sekelas saya sewaktu zaman belajar dahulu,” ujar Din.

Menyentuh mengenai halangan yang dilalui sepanjang percintaan mereka, Din mengakui bahawa ianya memang wujud dan tidak dapat dielakkan. “Antara halangan yang kami hadapi ialah seperti soal hati dan perasaaan peringkat awal mengenali pasangan, kurang sefahaman dan sikap cemburu apabila saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian. Maklumlah, bila dah sibuk kerja dan belajar pastinya tumpuan kepada pasangan sedikit tergugat,” ulas Din.

Menceritakan detik-detik percintaan mereka, Din mengakui bahawa hanya telefon menjadi pengikat kasih. “Kami jarang berjumpa kerana si dia merupakan warganegara Singapura dan menetap di sana. Kalau berjumpa pun hanya sebulan atau dua bulan sekali. Justeru, telefonlah jadi penghubung kami sehinggakan bil melambung tinggi,” kata Din.

Mengakui bahawa pada awalnya sedikit ragu-ragu untuk meneruskan hubungan apabila memikirkan risiko yang bakal dihadapi, perasaan curiga juga sering bertandang apabila si dia tiada di depan mata. Namun berkat doa dan tawakal kepada Allah, segalanya berjalan lancar hinggalah ke saat ini. “Alhamdulillah kami dah selamat disatukan selepas tiga tahun setengah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.Masih melalui alam bulan madu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain,” tutur Din.

Din turut mengingatkan kepada pasangan yang bercinta jarak jauh agar menjadikan kepercayaan dan kesetiaan sebagai tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Di samping itu, doa diiringi keyakinan pasti akan membantu menguatkan sesebuah hubungan. Sebelum menutup bicara, Din sempat berkongsi bahawa “Hubungan jarak jauh ni lebih banyak manisnya apabila di satukan sebagai suami isteri kerana berkat dan hikmahnya memang besar,” kata Din.

kagum dengan kesungguhan dan kejujuran yang dimiliki oleh individu-individu ini dalam melayari bahtera cinta, saya percaya bahawa seandainya sudah tertulis jodoh kita dengan si polan atau si polan, jauh beribu batu pun kita pasti akan bersatu. Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lisa says : apa yang korang fikirkan??? :))

semua terpulang pada hati kita..

credit to : malaysiandigest.com

..

No comments:

Post a Comment