Followers

Tuesday, February 22, 2011

kisah tulang rusuk lelaki....

td masa bukak fesbuk, lisa ternampak post psal benda ni.... jom kte baca sme2... smbil2 tu bleh gak kite bermuhasabah diri... :)

WANITA : siapa yang paling kamu cintai didunia ni?
LELAKI : kamu!!!!
WANITA : pada kamu, saya ni siapa?
LELAKI : (berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) kamu, tulang rusukku..

kerana ALLAH melihat Adam kesepian, saat Adam sedang lena tidur, ALLAH mengambil rusuk Adam lalu diciptakan Hawa. semua LELAKI mencari tulang rusuknya hilang, dan saat menemukan WANITA untuknya, tiada lagi menahan sakit dihatinya..

setelah berkahwin, pasangan itu melalui masa yang indah dan manis untuk sementara. setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing. hidup mereka jadi membosankan.

kenyataan hidup membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain. mereka mulai bertengkar, semakin hari, semakin 'panas'. pada suatu hari, di akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari dari rumah. saat tiba diseberang jalan, dia berteriak, "kamu tidak cintakan saya lagi!!!!!"

LELAKI sangat membenci ketidakmatangan WANITA, dan secara spontan berteriak, "saya menyesal mengahwini kamu, ternyata kamu bukan tulang rusukku!!!"

tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali apa yang sudah dilafazkan, tapi seperti air yang telah tumpah, tidak mungkin untuk dicedok kembali.. dengan berlinang air mata, WANITA kembali kerumah untuk mengambil barang-barangnya dan bertekad untuk berpisah. "kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi, biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing2"

lima tahun berlalu, LELAKI masih belum berkahwin. tetapi berusaha mencari khabar dan berita WANITA. WANITA pernah keluar negara, tetapi sudah kembali. dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mangetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

dan ditengah malam yang sunyi, sambil minum kopi, dia merasakan sakit dihatinya. tetapi LELAKI tidak sanggup mengaku dia merindui WANITA.

suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. di airport, tempat dimana terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : apa khabar?
WANITA : baik.. kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : belum..
WANITA : sakejap lagi saya akan terbang ke new york. saya akan kembali 2 minggu lagi. telefon saya kalau kamu berkesempatan. kamu tahu nombor telefon saya kan? tak ada yang berubah..

WANITA tersenyum manis, sambil mengucapkan "selamat tinggal"

satu minggu berlalu, namun LELAKI menerima berita WANITA adalah salah seorang korban menara wtc.. malam itu, sekali lagi LELAKI meneguk kopinya, dan kembali merasa sakit dihatinya.. akhirnya dia sedar sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya yang telah dengan bodohnya dia patahkan..

kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.. dan akibatnya ialah penyesalan. kerana penyesalan itu selalunya datang kemudian, diwaktu itu semuanya sudah terlambat..

jadi, jaga dan sayangilah orang yang kita cinta dengan sepenuh hati.. berfikirlah sebelum membuat, atau mengucapkan sesuatu.. jika kita rasa ia akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah melafazkannya..

jadi fikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???

wallahualam..*sekadar gambar hiasan

with love,
♥ lisa ♥

No comments:

Post a Comment