Sederhana. sdrhana tu apa? aku sendiri masih mencari kalam untuk menterjemahkannya.
"saya ingin yang sederhana je"..
Kebelakangan ini, jawapan itu sahajalah yang keluar. aku tak pasti kenapa. kenapa ya?
hurm... still tiada jawapan... hurmm.. tapi aku memang suka yang sederhana... :)
Yang sederhana.
dah cukup untuk buat aku tersenyum...
kalau orang tanya... "sederhana yang macam mana?"
hurm... aku pun tak tahu nak jawab... yang penting aku dapat merasakan 'sederhana' itu... sebab sederhana itu sangat menyenangkan... :)
Sederhana ini amat menyenangkan. Tidak memberatkan. Juga tidak terlalu meringan-ringankan. Sederhana buat jiwa lapang. Sederhana buat jiwa tenang.
Sederhana buat wajah ingin sentiasa tersenyum sahaja.
Apa yang lebih mahal daripada sederhana?
Saya pun tidak tahu.
Kesederhanaan itu, sayang yang tak terungkap
Jeles tak kalau tengok couple yang saling mengambil berat dan sayang menyayangi?
Jawapan jujur, aku cemburu. Wah, sweetnye mereka berdua.
Jujurnya, kita suka kalau pasangan kita menzahirkan kasih sayang dia kepada kita kn.. apa lagi kalau kita ini dikelilingi oleh mereka yang risaukan kita.
“Eh, sempoinye korg, xade sayang-sayang ke?”
“Korang berdua ni, sebenarnya ok tak?”
Haha. Memang akan pening kepala dibuatnya. Kadangkala kita akan rasa macam hubungan di atas syara’ ni tak seronok kan?
Tapi...
Apa itu sayang?
“Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka.”
haaa, bukankah ke’sederhana’annya dalam berhubungan itu satu bentuk ’sayang’?
Bukankah dia telah meyelamatkan kita?
Apakah yang lebih memuaskan hati daripada kebenaran ini?
Oh, sederhana memang indah.. sederhana akan membuat kita tidak lalai pada tanggungjawab kita yang lain.. lebih- lebih lagi pada yang belum berkahwin... mesti sangat banyak tanggungjawab kn? aku sendiri pn merasakannya...
* saya suka pasangan yang sederhana
Sederhana itu indah.
Untuk dunia dia menyenangkan.
Untuk akhirat dia menyenangkan.
Dia tidak terlalu memberatkan hingga kita terasa susah.
Dia tidak terlalu meringankan hingga kita terasa dilalaikan.
Saya suka pasangan yang sederhana.
with love,
-lisa-
No comments:
Post a Comment