Followers

Thursday, January 3, 2013

Dariku untukmu...Kerana kita wanita..

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang segar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engaku diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa malu dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Apabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga buka Aisya Humaira..
Apatah lagi Rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tidak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudaraku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerana aku lupa untuk malu..
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Wahai diriku dan dirimu yang kukasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentenglah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu..
Lebihkan lagi dihadapan Penciptamu..

Saudariku..
Ayuh, takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan..
Buatdiriku dan kita semua..



 

No comments:

Post a Comment