wahai manusia, Allah telah menyediakan kemudahan untuk hambanya.. tenanglah wahai hati.. lakukanlah istikharah jika kamu berada dalam keadaan ragu-ragu dan tidak pasti dengan pilihan yang datang, mintalah petunjuk daripada ALLAH.. InsyaAllah ALLAH menyayangi hambanya yang berusaha.. dan apabila kamu telah mendapat petunjuk yang diharapkan.. ikutlah.. InsyaAllah itu yang terbaik.. terima dan redha setiap baik buruk yang mendatang.. sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya kerana ALLAH Maha mengetahui setiap yang bakal berlaku.
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH dilakukan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk dari ALLAH SWT, terutamanya bila seseorang itu berada dalam keadaan keliru untuk memilih antara dua pilihan.. contohnya keliru untuk membuat keputusan samada untuk menolak atau menerima.. makin difikir, makin buntu, lebih-lebih lagi jika kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan..
maka jalan terbaik adalah lakukan solat sunat dua rakaat mohon petunjuk dan serahkan pada ALLAH SWT untuk memilih..
dengan niat mengharapkan petunjukNYA. namun jika masih terdapat keraguan dalam membuat keputusan.. ulangi solat istikharah sehingga terasa benar-benar yakin dan tiada lagi keraguan.
Selepas itu bertawakallah kepada ALLAH dan yakin bahawa keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik.
cara-cara solat istikharah :
tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat sunat yang lain.. hanya niat dan masa melakukannya sahaja yang berbeza.. lazimnya solat istikharah dilakukan pada waktu malam, samada sebelum tidur atau sebelum subuh.. ini kerana pada waktu itu keadaan sunyi dan ini memudahkan kita untuk lebih khusyuk untuk memohon petunjuk ALLAH.
Solat istikharah ini bersifat peribadi dan ia biasanya dilakukan bersendirian tanpa azan atau iqamah.
lafaz niat :
Usolli Sunnatal Istikharah, Rak'ataini Lillahi Ta'ala.
'sahaja aku solat sunat istikharah, dua rakaat kerana ALLAH Taala.'
Rakaat pertama :
Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua :
Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.
selepas salam, bacalah doa, sambil menyebut permintaan yang ingin diminta petunjuk dari ALLAH SWT.
doa solat istikharah :
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya :
Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMU, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMU, aku mengharapkan kurniaanMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambamu yang daif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMU yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (****) dalam pengetahuanMU adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku, kemudian berilah aku barkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (****) akan membawa bencana bagiku dan agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang atau masa depan, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. semoga engkau takdirkaan aku pada yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu..'
# Sesungguhnya ALLAH itu sangat Pemurah dengan hambaNYA yang tidak lokek untuk berusaha.
No comments:
Post a Comment