Followers

Monday, March 25, 2013

gud luck!!

mendung je hari ni.. semendung dan sesuram hari lisa.. sejak akhir-akhir ni lisa tak tahu kenapa hati ni terasa agak sayu.. asyik rasa nak nangis je.. tapi masih mampu untuk bertahan..

hari ini lisa memakai berbaju kurung hitam bunga-bunga merah ke pejabat.. siap ada yang menegur,
"hai, baju baru ke?"
lisa hanya menjawab
"tak lah, baju lama lah... baru first time pakai kat sini"
"owhh.. patutlah"

malam tadi terasa macam berlaku perang dingin antara lisa dengan seseorang..
dan pagi ni, lisa terasa ada perang dingin antara lisa dengan hati sendiri..
kenapa lisa rasa macam ni??

pagi-pagi lagi, smpai je ofis lisa terasa nak tahu something..
terus lisa search kat tenet, tanya pakcik google..
lisa terus taip nama dia..
banyaknye cerita pasal dia...Malaysia's top marksman? kenapa lisa tak pernah tahu?? dan kenapa lisa tak pernah kenal dia?
maybe sebab lisa tak pernah ambil tahu pasal dunia sukan Malaysia ni..
tapi... ada 1 headline yang merentap hati lisa..
dan bila baca ceritanya.. bertambahlah lisa sentap..
betul ke?? atau hanya sekadar gosip??
semalam pun dia ada cakap dengan lisa, dunia dia penuh dengan gosip, lisa hanya senyum, maknanya lisa faham,

teringatkan hal malam tadi,
lisa jadi.... malas la..
pagi tadi pun lisa tengok status whatsapp dia dah bertukar dan lisa faham maksud status tu..
takpe la..
dia masih ada cita-cita yang dia nak kejar.. mungkin itu yang terbaik..
dan lisa tak mahu meletakkan diri sebagai penghalang untuk dia capai apa yang dia nak..
kalau ada jodoh tak kemana..

**tajuk entry... main taram je.. coz xde idea..


..

Wednesday, March 20, 2013

ketahuilah anak Adam.

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu,
tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu,
sebaliknya Allah memandang hati kamu,

Sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih,
nescaya Allah amat mencintai orang itu,
ketahuilah.. wahai anak Adam,
orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu.





..