Followers

Tuesday, January 15, 2013

jadilah sahabat yang baik ^_^

pepatah ada menyatakan,
berkawan biar seribu,
bercinta biar satu..

betul la tu..

dan kita biasa dengar org ckp kita harus bijak memilih kawan..
apa maksudnya??
adakah kita kena pilih kawan mengikut kepentingan?
atau memilih kawan sebab takut keseorangan dan takut takde kawan?

sedar atau tak, makin kita dewasa, kita akan rasa makin susah untuk memilih kawan yang sebenar-benarnya,
tapi, dengan kedewasaan kita, dan akal yang dikurniakan, kita sebenarnya mampu untuk menilai,
lagipun tak semua orang berperangan tak baik kan?
yang tak baik tu plak, tak semestinya tak boleh pakai atau totally out!

mungkin akan ada 1 sikap orang yang kita tak boleh nak terima langsung..
macam lisa, lisa memang pantang kalau orang tak boleh nak sabar dan suka memaksa,
tak kira la kawan ataupun boyfren..
memang tak boleh masuk.. so, sebolehnya lisa akan elak berkawan rapat dengan orang macam tu,
tapi, bukan lah tak berkawan langsung,
siapa lisa nak memilih-milih, nak buat bancian sikap plak kan,
sedangkan Allah pun sayang kan hamba-hambanya sama rata,
cuma manusia yang kurang pandai menghargai kasih sayang Allah..
so, kalau boleh nasihat, nasihatkanlah,
manusiakan selalu lupa,
mungkin dia tak sedar dengan sikap dia tu boleh buat orang tak suka..
tapi kalau dia tak boleh terima teguran jugak.. que sera sera la... :)



#persahabatan ibarat satu kotak kaler LUNA, setiap batang mempunyai warna yang berbeza, tetapi bila digabungkan ia mampu menghasilkan gabungan warna yang menarik.. :)


 

AiShiteru Ya Allah

pagi ini terasa sangat sayu,
mengenangkan hala tuju kehidupan yang semakin hari semakin hampir dengan ilahi,
dengan umur yang semakin meningkat,
terasa amat penat,
dan segalanya hanya mampu diluahkan kepada yang Esa,

diatas hamparan sejadah,
kuluahkan segalanya,
terasa diri ini terlalu kerdil dihadapanMu,
Ya Allah, ampuni aku,

aku hanya ingin menjadi yang terbaik,
untuk diriku,
dan menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapaku,



Ya Allah, aku sedar aku tidak layak untuk kesyurgaMu,
namun, aku tidak sanggup menanggung siksa di nerakaMu,
aku bermohon, ampuni segala dosaku, dan kau terimalah taubatku,

sesungguhnya aku redha dengan takdirMu,
meletakkan dimana  tempat aku berada,
dengan setiap ujianMu,
Membuatkan aku semakin dekat padaMu,

Ya, Allah, aku rindu akan syurgaMu,
adakah tempat untuk aku diSana?

AiShiteru Ya Allah.. :')

.
 

Monday, January 14, 2013

Selamat hari lahir.

14 januari...
tarikh yang tak mungkin aku lupa,
walau kini dia telah pun kembali bertemu yang Esa,
namun kenangan dia tetap tersemat dan sentiasa dingati..

andai dia masih berada disini,
hari ini genap usianya 29 tahun,
namun aku redha dengan kepergiannya,
pergi bertemu penciptaNya,
dikala umur baru mencecah 25 tahun.
Ya, sebaya dengan usiaku kini..

4 tahun sudah berlalu,
kenangan bersama masih diingati,
dan dihari ini, aku hadiahkan sekalung doa dan Al-Fatihah,
semoga engkau damai disana..



# Zam, lisa sangat rindukan Zam, lisa rindukan kenangan kita, tak ada satu pun yang lisa lupa, dan lisa harap, lisa akan terus ingat semua kenangan kita sampai akhir hayat lisa..

 

Tuesday, January 8, 2013

bagusnye jadi blogger.. :)

setiap hari, lisa suka blogwalking
membaca coretan dari rakan blogger yang lain
jujurnya lisa kagum dengan cara penulisan diorang
ada je idea yang baik dan bagus untuk dikongsi
ada yang suka menulis tentang isu semasa, ada yang suka menulis tentang cinta dan diari peribadi,
dan tak kurang jugak blog yang bercirikan ilmiah..
and blog lisa?
terasa jauh sangat beza.. huhu

lisa tak pandai nak menulis dengan ayat yang penuh sastera
lisa juga tak bijak untuk berbicara penuh tentang agama.. takut tersalah kata..
so that, lisa prefer tulis tentang diri lisa je la,
apa yang lisa buat hari-hari.. perasaan lisa.. gembira, sedih..
apa yang lisa fikir..
semuanya la..
see... bosan kan?
huhuhu..

dulu, lisa start tulis blog.. hanya dengan 1 niat
lisa nak belajar menulis..
macam sekarang, lisa tengok blog rakan lain semuanya menarik dan pada lisa diorang bijak keluarkan idea untuk dikongsi..
lisa pun nak jadi macam tu!!!!!
and now, lisa terasa hasilnya...
confident level lisa dah bertambah..
lisa semakin berani untuk share apa yang lisa rasa..
dah semakin berani bersuara.. kurang dah rasa shy-shy cat.. hihi
bagusnye jadi blogger ni kan?? :D



cuma lisa ada cara lisa..
dan yang pasti tujuan lisa buat blog bukan untuk dapatkan followers yang ramai..
tapi untuk perbaiki diri dan menjadi diri lisa sendiri..





 

who's that annoying guy??

L : awk, send gmbar
P : no way..
L : kedekut.. simpan la wat masuk kubur
p : pe kata awak send pic awk
L : klo xleh nak btolak ansur xpela.
P : awk xnk tolak ansur?
L : xperlu nk buang krdt nk anta kt sye
P : npe? awk terasa rugi crdt ke send kt sye?
L : ye.. rugi anta kt org yg berkira n kedekut ni, mungkin dia nk bawa sama time mati nnt kot
P : owhh.. kre selama ni tak ikhlas la? k, sye akn delate.. sye pn tak suka nak terima klo xikhlas.
L : bgus.. sye pn dh buang.. xde mkne nk simpan..
P : sblum ckp org, pk dri sndiri dlu, dh xyah reply..
L : sikit2 nk terasa, klo rasa terpaksa, elok xyah bkwan, kang de yg mkn hati ngn sikap sye
P : ok
L : haaa... bgus.. g jauh2.. jgn muncul lg
P : u too
L : sye xheran klo xde awk.. buang masa.. sye laki, sye boleh pilih sape je yg bleh trima sye
P : then, g la pilih.. gud luck
L : skurang2nya sye xmcm awk, baru diuji sikit dh givup.. dh la, mlas nk ckp ngn org yg xbsmangat ni
P : dh tu xyah la reply lg.. sye xkn msg awk la.. n awk 2.. sblum ckp org, pk dlu dri sndri, jgn slalu cri slah org lain je.. klo nk org terima kte, kte kne terima org dlu tau x.. dh, nyte, AsSalam
L : asalkan sye xmcm awk
P : its oke, i just be myself.. org len oke je ngn sye.. n klo xske, just move on
L : ok.. LOVE U!.. :)
P : huh? n i think u should know, that u r so annoying!!!
L : oke.. marah?
P : dh g tdo la!
L : sye syg awk!!
P : n i hate u!!

dunno dari planet mana datang mamat ni.. oke.. dari somewhere.. but dunno whats happen with him.. dia macam biskut chipsmore.. sekejap ada, sekejap takde.. almost 6++ months kenal and sedar akan kewujudan dia.. but tetiba hilang bila lisa create relationship ngn Mr.Z kat fb dulu.. but then, after lisa putus, tetibe dia muncul balik and time tu dia macam my rescuer.. always bagi lisa kata-kata semangat sampai lisa rasa oke cikit la.. but then, bila lisa dah oke, he was totally changed!!

lisa tak kisah pun dengan sikap chipsmore dia tu.. tapi bila dia muncul je.. ada je benda yang menyakitkan hati lisa.. macam mesej yang atas ni la.. and bila lisa tanya..

'apsal la awk buat saya macam ni ha?? '

'saje'

'awk ske sye mrah2 awk?'

'sye xksah, sbb sye tau awk sbnarnya bkn mcm ni, tp awk jd mcm ni sbb pe yg jd aritu kn?'

'xperlu nk ungkit'

'sye xkn buat awk mcm tu'

'ingat sye bole pcaya?'

'yes u should'

'awk xknl sye, tp awk ckp cmtu, awk xknl sye, tp awk ckp sye bkn2'

'sye sje nk uji awk'

'utk apa?'

'sbb sye syg awk'

'nonsense'

setiap kali dia mesej lisa, memang tu je la yang digaduhkan.. tapi, dia sorang je la yang lisa ada untuk bersembang n bergaduh.. kalau tak, memang tak berbunyi la enpon lisa..

nak simpan dalam hati?
tak perlu kot, lisa just anggap dia macam angin lalu.. kehadiran yang menyedarkan lisa tentang keadaan sekeliling bahawa manusia ni pelbagai dan dia adalah salah satu spesis yang jarang ditemui.. menyakitkan hati!!

bila lisa lari, dia cakap lisa mengelak,
bila lisa mengelak, dia cakap lisa takde pendirian,
bila lisa senyap, dia cakap lisa cepat givup,
n bila lisa ia kan je apa yang dia cakap (coz malas nak layan), dia snyum je..
n bila lisa tanya..

'awk nk apa sebenarnya?'

'sye nk awk'

=,=" sememangnye dia tak sihat~~~


 

Sunday, January 6, 2013

jauhi keraguan dengan beristikharah

adakalanya kita mungkin berada dalam keadaan kebuntuan, keresahan, fikiran bercelaru dalam membuat keputusan..
wahai manusia, Allah telah menyediakan kemudahan untuk hambanya.. tenanglah wahai hati.. lakukanlah istikharah jika kamu berada dalam keadaan ragu-ragu dan tidak pasti dengan pilihan yang datang, mintalah petunjuk daripada ALLAH.. InsyaAllah ALLAH menyayangi hambanya yang berusaha.. dan apabila kamu telah mendapat petunjuk yang diharapkan.. ikutlah.. InsyaAllah itu yang terbaik.. terima dan redha setiap baik buruk yang mendatang.. sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya kerana ALLAH Maha mengetahui setiap yang bakal berlaku.



SOLAT SUNAT ISTIKHARAH dilakukan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk dari ALLAH SWT, terutamanya bila seseorang itu berada dalam keadaan keliru untuk memilih antara dua pilihan.. contohnya keliru untuk membuat keputusan samada untuk menolak atau menerima.. makin difikir, makin buntu, lebih-lebih lagi jika kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan..
maka jalan terbaik adalah  lakukan solat sunat dua rakaat mohon petunjuk dan serahkan pada ALLAH SWT untuk memilih..

dengan niat mengharapkan petunjukNYA. namun jika masih terdapat keraguan dalam membuat keputusan.. ulangi solat istikharah sehingga terasa benar-benar yakin dan tiada lagi keraguan.
Selepas itu bertawakallah kepada ALLAH dan yakin bahawa keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik.

cara-cara solat istikharah :

tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat sunat yang lain.. hanya niat dan masa melakukannya sahaja yang berbeza.. lazimnya solat istikharah dilakukan pada waktu malam, samada sebelum tidur atau sebelum subuh.. ini kerana pada waktu itu keadaan sunyi dan ini memudahkan kita untuk lebih khusyuk untuk memohon petunjuk ALLAH.
Solat istikharah ini bersifat peribadi dan ia biasanya dilakukan bersendirian tanpa azan atau iqamah.

lafaz niat : 

Usolli Sunnatal Istikharah, Rak'ataini Lillahi Ta'ala.

'sahaja aku solat sunat istikharah, dua rakaat kerana ALLAH Taala.'

Rakaat pertama :
Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafiruun.

Rakaat kedua :
Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

selepas salam, bacalah doa, sambil menyebut permintaan yang ingin diminta petunjuk dari ALLAH SWT.

doa solat istikharah :







Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir



Ertinya :

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMU, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMU, aku mengharapkan kurniaanMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambamu yang daif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMU yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (****) dalam pengetahuanMU adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku, kemudian berilah aku barkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (****) akan membawa bencana bagiku dan agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang atau masa depan, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. semoga engkau takdirkaan aku pada yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu..'

# Sesungguhnya ALLAH itu sangat Pemurah dengan hambaNYA yang tidak lokek untuk berusaha. 


 

Thursday, January 3, 2013

Dariku untukmu...Kerana kita wanita..

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang segar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engaku diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa malu dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Apabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga buka Aisya Humaira..
Apatah lagi Rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tidak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudaraku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerana aku lupa untuk malu..
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Wahai diriku dan dirimu yang kukasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentenglah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu..
Lebihkan lagi dihadapan Penciptamu..

Saudariku..
Ayuh, takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan..
Buatdiriku dan kita semua..



 

Tuesday, January 1, 2013

walcome 2013

entry pertama 2013,
apa yang lisa buat di permulaan 2013 ni?

bangun pagi, mengadap lappy, bukak fesbuk, tengok semua orang post pasal new year..
terus rasa macam nak update jugak lah pasal new year ni...

sempena tahun 2013 ni, banyak benda yang lisa rancangkan.. terlalu banyak
umur pun dah masuk 25..
and u know, awal pagi 1 januari ni lisa diterjah dengan soalan

"tahun ni umur berapa?"

OMG..

berbelit lidah ni nak menjawab
lebih berbelit bila ditanya

"bila nak kawin ni?"

OMG..OMG..

sabarlah wahai hati
redha je la dengan apa yang jadi
dan teruskanlah berusaha dan sabar menanti imam yang diutuskan Allah itu..
disamping cuba sempurnakan diri untuk lebih mendekatkan diri dengan yang Pencipta... insyaAllah

~wahai imamku, aku menantimu untuk bersama bahagia sampai syurga~