Followers

Friday, December 28, 2012

aku juga punya perasaan

after beberapa lama , dan after macam-macam usaha lisa buat untuk melupakan..
mungkin sebab lisa tak pernah diperlaku begini..
so, ia sangat terkesan di hati lisa..
terasa serik, trauma, fobia, takut nak percaya orang lain

mungkin tu cara dia
dan lisa nampak kesungguhan dia
tapi bila cara dia tu membuatkan orang lain jadi takut?
and seriously lisa memang takut

kadang kala kita kena fikir
tak semua orang fikir macam yang kita fikir
dan tak semua orang faham apa yang kita nak
dan jangan sesekali fikir yang orang lain sama macam kita,
sebab semua manusia dijadikan berbeza-beza.

so that, kenapa la dia tak boleh fikir apa yang orang akan fikir dengan tindakan dia tu?

dan lisa terpaksa sakitkan hati dia
lisa terpaksa gagalkan niat dia sebelum dia datang jumpa lisa
sebab lisa tak sanggup

and now, dia yang paksa family lisa buat macam ni
bila fikir memang terasa kejamnya lisa ni
tapi bila ada orang remind lisa
"time dia wat ko camtu, dia tak rasa diri dia kejam ke?"
and lisa buat sume ni pun untuk dia jugak
supaya dia sedar and jangan buat sikap yang macam ni lagi
and ayah lisa pun dah cakap, tak de apa nak risau
dia takkan kena gantung kerja
cuma mungkin dia akan kena warning je
actually, jawapan ayah tu dah cukup buat lisa rasa bersalah

ramai orang cakap "jangan fikir orang lelaki ni tak de perasaan"
and lisa plak nak cakap,
perempuan @ lelaki bukan alasan, yang penting kita kena fikir perasaan orang lain sebelum kita buat apa-apa kat orang tu.
dan apa yang lisa buat ni, lisa nak dia tahu,
walaupun selama ni lisa diamkan semuanya, dimarah, diherdik, difitnah, ditengking
tapi jangan fikir yang lisa takde perasaan.


 

Wednesday, December 26, 2012

penghujung tahun 2012.

beberapa hari je lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2013,
seperti biasa, masa terasa sangat pantas berlalu,
umur lisa pun tahun depan masuk 25... oh 25... dilema betul..

dalam banyak-banyak tahun,
lisa rasa tahun 2012 ni lisa kumpul terlalu banyak pengalaman pahit,
dan tahun ni jugak lisa terima banyak berita buruk,
tapi, Alhamdulillah, lisa berjaya harungi semua tu dan pengalaman membuatkan lisa jadi makin matang dalam mengenal hidup.

adakalanya lisa terasa diri lisa ni sudah dewasa... tgk umur la kan..
huhu, tapi ada kalanya juga lisa rasa yang lisa ni masih belum cukup matang sebabnya ada banyak perkara yang lisa BARU belajar..
yup, tahun ni lisa belajar banyak benda.. lisa belajar untuk jadi penyabar, dan kuat untuk menghadapi dugaan.. hasilnya, lisa tak menangis pun.. kecuali time cite kat mama je la.. huhuhu.. sememangnya lisa kalah dengan suara mama..

bila ingat balik semua yang dah jadi...
tahun ni semua benda yang lisa nak and target tapi lisa tak dapat capai..
bila ingat, terasa macam tak jumpa pun kat mana kenangan indah lisa dalam tahun ni,
semuanya kenangan yang lisa tak nak ingat, dan lisa terasa nak buang jauh-jauh and lupakan terus..

#sepanjang tahun ni banyak betul ucapan "sabarlah" yang lisa dapat..
 

Tuesday, December 25, 2012

tetibe diselubungi rasa cemburu.. :(

walaupun dalam hati asyik merungut FB ni makin hari makin membosankan, tapi macam dah jadi rutin harian plak untuk bukak FB at least sekali sehari.. ini namanya dah ketagih!!! setakat check notification yang mungkin ada, sambil-sambil tu tengok jugak la status-status and gambar-gambar yang dipost and upload oleh kawan-kawan..

tapi, masalahnya makin banyak lisa tengok, hati ni makin rasa cemburu, iri hati, jeles and semua yang sinonim dengannya..
mungkin sekarang ni musim anak-anak membesar and musim kawan-kawan bakal jadi ibu coz semua duk pakat upload pic pregnant and pic anak-anak.. yang baru nikah plak duk upload pic honeymoon and pic bahagia berdua..
and semua tu telah mengundah inche cemburu untuk singgah dalam diri lisa.. awwww~
tak patut sungguh la lisa ni..
hurmmmm.. agaknya bila la lisa dapat rasa semua tu ek??

even cemburu tapi lisa tetap happy tengok diorang semua happy..
 

Saturday, December 22, 2012

setiap yang terjadi ada hikmahnya.

lisa dah redha dan istiqamah..
dan lisa dah berjanji dengan diri lisa yang lisa takkan menangis hanya untuk sesuatu yang bukan milik lisa..
dan Alhamdulillah...
walaupun lisa rasakan lisa telah pun diuji dengan ujian yang agak berat.. tapi.. lisa tetap tidak menangis..
lisa percayakan hikmah disebalik yang terjadi...
andai lisa tak bersuara, dia takkan tunjuk sifat sebenar dia, dan lisa pun takkan tau yang dia sanggup buat lisa macam tu sekali.. so that berbaloi ke lisa nak menangis hanya untuk semua tu??..

tapi.. selepas 2 hari.. selepas lisa ceritakan dekat mama.. tak semena-mena lisa jadi sebak.. meleleh jugak la air mata.. bukan sebab lelaki itu.. tapi sebab lisa dah buat mama risau dengan keadaan lisa.. dan mama kesal sebab lisa masih lagi berdepan dengan masalah macam ni malah lebih teruk..  tapi lisa cakap dengan mama.. lisa redha dengan semuanya.. dan lisa tak salahkan dia 100%..  sebab dia jadi macam tu pun sebab lisa..

so that.. sekarang ni seriusly lisa tak tahu apa yang ada dalam fikiran lisa..

bila mengenangkan kata-kata mama bahawa setiap kali lepas solat mama sentiasa doakan lisa jumpa jodoh dengan lelaki yang baik, yang dapat jaga lisa... lagi buat lisa sebak..
mama doakan jodoh lisa??.
then, perlu ke lisa serik???
fobia?? mungkin.. tapi.. lisa percaya qada' dan qadar Allah.. lisa percaya perancangan Allah adalah yang terbaik..

orang cakap, jodoh dan rezeki memang sudah ditentukan tapi kita sebagai manusia perlu berusaha mencari..

so, usaha lisa... insyaAllah berusaha sempurnakan diri.. mungkin cinta lisa bukan untuk lelaki-lelaki yang lisa pernah kenal sebelum ni... tapi yang cinta lisa sentiasa ada untuk Allah SWT..

 

banyak orang bnyak ragam

kalau dulu time kecik-kecik kita seronok bermain dengan rakan-rakan sebaya kita tanpa fikir sikap dan perangai diorang.. kenapa sekarang bila dah besar, sikap dan perangai manusia itu lah yang menjadikan kita ada yang bergaduh la, salah faham la,buruk sangka la, iri hati la, dan macam-macam lagi penyakit hati yang sebolehnya boleh mengundang sengketa..

kenapa perlu ada semua sifat buruk tu?

lisa sendiri tak faham, apa yang diorang dapat dengan bersifat begitu?

kadang-kadang tu rasa macam nak katok sekor-sekor yang berperangai macam tu.. iri hati tak bertempat.. pentingkn diri sendiri.. lagi-lagi kalau dengan orang yang mempunyai kepentingan dan innocent je.. memang akan selalu dibuli la kan..

bila ditegur.. katanya

"dah aku memang macam ni.. hot tempered.. nak wat macam ne?"

so, ko fikir ko punya hot tempered je??? org lain punya hot tempered???
and biasanya orang macam ni kalau dilayan dan dilawan.. boleh jadi perang dunia.. sebab biasanya orang yang hot tempered ni pentingkan diri sendiri.. betol ke??? ke lisa silap??

hurmmm... kalau ikutkan setiap manusia ni ada had kesabaran masing-masing.. cuma yang bezanya macam mana cara manusia tu handle tahap kesabaran dia..

kalau ikut cara lisa, bila berdepan dengan orang yang macam ni, lisa akan buat tak tahu je.. malas nak layan.. boleh sakit hati dan jiwa.
yang penting, kena makesure yang kita tak bersalah la.. then buat tak tahu je.. biar dia layan dia punya emo tu.. nak lagi best.. psyco dia sikit.. guna ayat-ayat yang pedas.. then post kt fb ke tweet ke.. atau memana je la tempat yang kita tau dia akan baca..
tapi, kalau memang terbukti kita bersalah.. cepat-cepat mintak maaf.. jangan buat sampai orang cop kita ni bukan-bukan.. nanti jadi cerita lain plak.. huhuhu..


 

Saturday, December 1, 2012

i'm sorry.

bila lisa fikir balik...
lisa nak mintak maaf kat semua orang..
terasa macam bersalah sangat..
and now, lisa dh buat keputusan..
lisa edit balik blog lisa..
lisa tak nak ingat semuanya..
and lisa dah pun buang semua yang berkaitan dengan dia.. and here lisa dah pun delete all the entries pasal dia.. hopefully tak ada yang tertinggal..

and maybe lepas ni lisa jarang online kot..
dah terasa tak seronok plak..
dengan new life yang agak busy..
so baik focus untuk masa depan kan?..
and again lisa nak mintak maaf kat semua yang terlibat dengan cerita lisa..
^_^






..