Followers

Friday, December 28, 2012

aku juga punya perasaan

after beberapa lama , dan after macam-macam usaha lisa buat untuk melupakan..
mungkin sebab lisa tak pernah diperlaku begini..
so, ia sangat terkesan di hati lisa..
terasa serik, trauma, fobia, takut nak percaya orang lain

mungkin tu cara dia
dan lisa nampak kesungguhan dia
tapi bila cara dia tu membuatkan orang lain jadi takut?
and seriously lisa memang takut

kadang kala kita kena fikir
tak semua orang fikir macam yang kita fikir
dan tak semua orang faham apa yang kita nak
dan jangan sesekali fikir yang orang lain sama macam kita,
sebab semua manusia dijadikan berbeza-beza.

so that, kenapa la dia tak boleh fikir apa yang orang akan fikir dengan tindakan dia tu?

dan lisa terpaksa sakitkan hati dia
lisa terpaksa gagalkan niat dia sebelum dia datang jumpa lisa
sebab lisa tak sanggup

and now, dia yang paksa family lisa buat macam ni
bila fikir memang terasa kejamnya lisa ni
tapi bila ada orang remind lisa
"time dia wat ko camtu, dia tak rasa diri dia kejam ke?"
and lisa buat sume ni pun untuk dia jugak
supaya dia sedar and jangan buat sikap yang macam ni lagi
and ayah lisa pun dah cakap, tak de apa nak risau
dia takkan kena gantung kerja
cuma mungkin dia akan kena warning je
actually, jawapan ayah tu dah cukup buat lisa rasa bersalah

ramai orang cakap "jangan fikir orang lelaki ni tak de perasaan"
and lisa plak nak cakap,
perempuan @ lelaki bukan alasan, yang penting kita kena fikir perasaan orang lain sebelum kita buat apa-apa kat orang tu.
dan apa yang lisa buat ni, lisa nak dia tahu,
walaupun selama ni lisa diamkan semuanya, dimarah, diherdik, difitnah, ditengking
tapi jangan fikir yang lisa takde perasaan.


 

Wednesday, December 26, 2012

penghujung tahun 2012.

beberapa hari je lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2013,
seperti biasa, masa terasa sangat pantas berlalu,
umur lisa pun tahun depan masuk 25... oh 25... dilema betul..

dalam banyak-banyak tahun,
lisa rasa tahun 2012 ni lisa kumpul terlalu banyak pengalaman pahit,
dan tahun ni jugak lisa terima banyak berita buruk,
tapi, Alhamdulillah, lisa berjaya harungi semua tu dan pengalaman membuatkan lisa jadi makin matang dalam mengenal hidup.

adakalanya lisa terasa diri lisa ni sudah dewasa... tgk umur la kan..
huhu, tapi ada kalanya juga lisa rasa yang lisa ni masih belum cukup matang sebabnya ada banyak perkara yang lisa BARU belajar..
yup, tahun ni lisa belajar banyak benda.. lisa belajar untuk jadi penyabar, dan kuat untuk menghadapi dugaan.. hasilnya, lisa tak menangis pun.. kecuali time cite kat mama je la.. huhuhu.. sememangnya lisa kalah dengan suara mama..

bila ingat balik semua yang dah jadi...
tahun ni semua benda yang lisa nak and target tapi lisa tak dapat capai..
bila ingat, terasa macam tak jumpa pun kat mana kenangan indah lisa dalam tahun ni,
semuanya kenangan yang lisa tak nak ingat, dan lisa terasa nak buang jauh-jauh and lupakan terus..

#sepanjang tahun ni banyak betul ucapan "sabarlah" yang lisa dapat..
 

Tuesday, December 25, 2012

tetibe diselubungi rasa cemburu.. :(

walaupun dalam hati asyik merungut FB ni makin hari makin membosankan, tapi macam dah jadi rutin harian plak untuk bukak FB at least sekali sehari.. ini namanya dah ketagih!!! setakat check notification yang mungkin ada, sambil-sambil tu tengok jugak la status-status and gambar-gambar yang dipost and upload oleh kawan-kawan..

tapi, masalahnya makin banyak lisa tengok, hati ni makin rasa cemburu, iri hati, jeles and semua yang sinonim dengannya..
mungkin sekarang ni musim anak-anak membesar and musim kawan-kawan bakal jadi ibu coz semua duk pakat upload pic pregnant and pic anak-anak.. yang baru nikah plak duk upload pic honeymoon and pic bahagia berdua..
and semua tu telah mengundah inche cemburu untuk singgah dalam diri lisa.. awwww~
tak patut sungguh la lisa ni..
hurmmmm.. agaknya bila la lisa dapat rasa semua tu ek??

even cemburu tapi lisa tetap happy tengok diorang semua happy..
 

Saturday, December 22, 2012

setiap yang terjadi ada hikmahnya.

lisa dah redha dan istiqamah..
dan lisa dah berjanji dengan diri lisa yang lisa takkan menangis hanya untuk sesuatu yang bukan milik lisa..
dan Alhamdulillah...
walaupun lisa rasakan lisa telah pun diuji dengan ujian yang agak berat.. tapi.. lisa tetap tidak menangis..
lisa percayakan hikmah disebalik yang terjadi...
andai lisa tak bersuara, dia takkan tunjuk sifat sebenar dia, dan lisa pun takkan tau yang dia sanggup buat lisa macam tu sekali.. so that berbaloi ke lisa nak menangis hanya untuk semua tu??..

tapi.. selepas 2 hari.. selepas lisa ceritakan dekat mama.. tak semena-mena lisa jadi sebak.. meleleh jugak la air mata.. bukan sebab lelaki itu.. tapi sebab lisa dah buat mama risau dengan keadaan lisa.. dan mama kesal sebab lisa masih lagi berdepan dengan masalah macam ni malah lebih teruk..  tapi lisa cakap dengan mama.. lisa redha dengan semuanya.. dan lisa tak salahkan dia 100%..  sebab dia jadi macam tu pun sebab lisa..

so that.. sekarang ni seriusly lisa tak tahu apa yang ada dalam fikiran lisa..

bila mengenangkan kata-kata mama bahawa setiap kali lepas solat mama sentiasa doakan lisa jumpa jodoh dengan lelaki yang baik, yang dapat jaga lisa... lagi buat lisa sebak..
mama doakan jodoh lisa??.
then, perlu ke lisa serik???
fobia?? mungkin.. tapi.. lisa percaya qada' dan qadar Allah.. lisa percaya perancangan Allah adalah yang terbaik..

orang cakap, jodoh dan rezeki memang sudah ditentukan tapi kita sebagai manusia perlu berusaha mencari..

so, usaha lisa... insyaAllah berusaha sempurnakan diri.. mungkin cinta lisa bukan untuk lelaki-lelaki yang lisa pernah kenal sebelum ni... tapi yang cinta lisa sentiasa ada untuk Allah SWT..

 

banyak orang bnyak ragam

kalau dulu time kecik-kecik kita seronok bermain dengan rakan-rakan sebaya kita tanpa fikir sikap dan perangai diorang.. kenapa sekarang bila dah besar, sikap dan perangai manusia itu lah yang menjadikan kita ada yang bergaduh la, salah faham la,buruk sangka la, iri hati la, dan macam-macam lagi penyakit hati yang sebolehnya boleh mengundang sengketa..

kenapa perlu ada semua sifat buruk tu?

lisa sendiri tak faham, apa yang diorang dapat dengan bersifat begitu?

kadang-kadang tu rasa macam nak katok sekor-sekor yang berperangai macam tu.. iri hati tak bertempat.. pentingkn diri sendiri.. lagi-lagi kalau dengan orang yang mempunyai kepentingan dan innocent je.. memang akan selalu dibuli la kan..

bila ditegur.. katanya

"dah aku memang macam ni.. hot tempered.. nak wat macam ne?"

so, ko fikir ko punya hot tempered je??? org lain punya hot tempered???
and biasanya orang macam ni kalau dilayan dan dilawan.. boleh jadi perang dunia.. sebab biasanya orang yang hot tempered ni pentingkan diri sendiri.. betol ke??? ke lisa silap??

hurmmm... kalau ikutkan setiap manusia ni ada had kesabaran masing-masing.. cuma yang bezanya macam mana cara manusia tu handle tahap kesabaran dia..

kalau ikut cara lisa, bila berdepan dengan orang yang macam ni, lisa akan buat tak tahu je.. malas nak layan.. boleh sakit hati dan jiwa.
yang penting, kena makesure yang kita tak bersalah la.. then buat tak tahu je.. biar dia layan dia punya emo tu.. nak lagi best.. psyco dia sikit.. guna ayat-ayat yang pedas.. then post kt fb ke tweet ke.. atau memana je la tempat yang kita tau dia akan baca..
tapi, kalau memang terbukti kita bersalah.. cepat-cepat mintak maaf.. jangan buat sampai orang cop kita ni bukan-bukan.. nanti jadi cerita lain plak.. huhuhu..


 

Saturday, December 1, 2012

i'm sorry.

bila lisa fikir balik...
lisa nak mintak maaf kat semua orang..
terasa macam bersalah sangat..
and now, lisa dh buat keputusan..
lisa edit balik blog lisa..
lisa tak nak ingat semuanya..
and lisa dah pun buang semua yang berkaitan dengan dia.. and here lisa dah pun delete all the entries pasal dia.. hopefully tak ada yang tertinggal..

and maybe lepas ni lisa jarang online kot..
dah terasa tak seronok plak..
dengan new life yang agak busy..
so baik focus untuk masa depan kan?..
and again lisa nak mintak maaf kat semua yang terlibat dengan cerita lisa..
^_^






..

Tuesday, November 27, 2012

Saya Amat Mencintaimu...

wink*wink*...
mata dah macam panda.. semuanya gara-gara Saya Amat Mencintaimu la ni.. ishhhh~~
tu la tido lambat lagi,
actually, malam tadi lisa stay up.. sampai pukul 2 JER...
walaupun time tu mata dah pejam celik pejam celik..
nak tahan mata yang ngntuk, lisa buat hot choc.. semuanya gara-gara cite Saya Amat Mencintaimu (SAM).. hihihi.. yang Shahiezie  Syahiezie Shahiezy Sam dengan Lisa Surihani berlakon tu..

jalan cerita not bad,
banyak sangat suspen.. ..
and sebenarnya bukan la seorang penggemar cite-cite genre suspen camni..
so that ada certain scene yang lisa off kan volume sebab takut kena heart attack dimalam hari.. huhuhu

 


bila lisa tengok cite ni,
lisa teringat moment time belajar kat kolej dulu..
ada sorang student ni yang sama macam watak Sam dam cite ni.. pesakit skizo..
lisa ingat lagi, rime tu ramai anggap student tu gila..
sebab kalau u all tengok pun, dia punya act sometimes menakutkan..
bercakap sorang, gelak sorang, dan yang buat orang takut dengan dia, dia suka sergah orang..
lisa ingat lagi almost 2months dia ada kat kolej tu,
semua orang jadi takut..

ada 1 kes, lecturer lisa cerita, time dia tengah mengajar dalam kelas..
semua student ngah focus ni,
tetibe student skizo ni, yang tak tahu datang dari mana, bukak pintu belakang kelas tu and menjerit,
can u imagine??
sejak dari tu.. semua lecturer akan kunci pintu kelas sebelum start mengajar, sebab takut kejadian berulang..
tapi disebalik penyakit dia tu.. lisa dapat tahu dia dulunya seorang yang cemerlang, tapi semuanya punca dari tekanan dia dituduh membunuh anak jiran.. thats y dia jadi macam tu.. betul @ tak..
Wallahualam~

apapun selama kita mampu untuk berfikir,
gunakan akal yang Allah kurniakan ini untuk menilai setiap yang kita lihat..
yang baik jadikan sebagai teladan, dan yang sebaliknya jadikan sempadan..
ambil pengajaran dari setiap yang berlaku..
kita mempunyai pegangan agama, Allah dah turunkan Al-Quran sebagai panduan..
dan dengan membaca dan memahami, In Syaa Allah mampu menjadi ubat untuk mengelakkan penyakit hati..

..

Monday, November 26, 2012

quote..



# if u wish for a life without the pain, then u'll never see the beauty of a rainbow after the rain.. :)

love this quote... mengajar kita untuk menerima semua yang telah terjadi dan jadikan sebagai pendorong untuk kita capat kebaikan dimasa akan datang..

sesungguhnya pelangi yang cantik akan muncul selepas hujan.. maka, jangan selalu kecewa bila kita terpaksa duduk kat rumah, tak boleh keluar sebab hujan.. hihihihi... :D




..

ada apa dengan rupa.. ???

semalam lisa sempat chat dengan sorang hamba Allah ni..
sekadar mencari teman berbual..
kadang kala, sembang dengan orang yang kita tak kenal ni lebih buat kita seronok..
sebabnya kita boleh share banyak benda..
tanpa rasa segan sebab kita tak kenal dia.. kenal pun hanya untuk beberapa jam..
dan kita pun boleh cakap apa je yang kita suka..
as long as kita sembang topik yang positif.. oke la tu kan??

and semalam..
niat hati nak sembang happy-happy..
tub-tub tersangkut dengan hamba Allah yang tengah ada masalah..
soal cinta..

cite dia..
dia berkenalan dengan someone..
katanya kenal through alam maya juga..
berkawan-berkawan, lama-lama dia jatuh suka plak dengan budak tu..
lisa tanya dia,
dia dah jumpa ke belum dengan budak tu?
dia cakap belum, tapi.. diorang dah tukar pic.. kiranya dia dah tengok rupa budak tu..
yang jadi masalahnya..
after first date diorang beberapa minggu lepas.. tetiba dia jadi tawar hati..
lisa tanya la..
nape?
dia cakap, rupa budak tu tak macam yang dia harapkan..
tapi hati dia dah suka dengan budak tu..
lisa jadi pelik...
then lisa tanya lagi..
bukan cakap dah tengok gambar ke?? dalam gambar dengan luar tak sama ke?
tapi dia cakap,
dia harapkan lebih.. tapi apa yang dia dapat... hurmmm..

serius lisa sakit hati dengan laki macam tu..
then lisa pun tanya..
awak ni handsome sangat ke??
then, tanpa segan silu, dia share pic dia dengan lisa..

lisa hanya senyum je la tengok pic dia..
Alhamdulillah, sempurna dengan mata, hidung, mulut, telinga.. semua cukup.. tapi sayang.. hati dia pula tak cukup sempurna..  nak kata kategori handsome tu... biasa je kot.. gaya nerd..
tapi sape la lisa nak menilai.. yang penting ayah lisa lagi handsome.. hihihi

tu la silapnya bila letakkan nafsu mata didepan,
sampai tak nampak kelebihan yang ada pada hati..
rupa itu satu anugerah..
tak de oarang dalam dunia ni yang mintak dilahirkan sebagai orang yang cantik,handsome, dan tak de orang juga yang mintak dilahirkan sebagai orang yang kurang sempurna..

dan ada apa dengan rupa yang menawan jika hati tak semenawan rupa yang dianugerah?
dan bersyukurlah jika ditemukan dengan individu yang cantik hatinya.. sesungguhnya rupa seseorang itu akan sempurna jika peribadinya menawan..

 

untuk mendapatkan seorang yang sempurna.. sempurnakanlah diri sendiri dulu.. cantikkan peribadi.. bersihkan hati.. insyaAllah.. Allah akan temukan kita dengan orang yang sesuai dengan kita.. 

# suka tengok pasangan irma hasmie dan suami... sama cantik rupa dan peribadi... Allah Maha Adil.. :)

 

sayang diri sendiri..

choose the person who can accepting u as who u are..  dont choose the person who want u to be like who they want..

as long as u are happy, and as long u r in the right path, then, why u need to be changed just because of love??

dulu lisa rasa, lisa cukup kental untuk jadi diri sendiri dan tetap menjadi diri lisa..
tapi.. dalam tak sedar, lisa biarkan orang lain mengubah diri lisa..
dalam tak sedar dan tak rela... lisa ikut.. tapi, bila fikir balik.. lisa macam tak hormatkan diri sendiri bila lisa ikut kehendak orang lain sedangkan hati tak rela... hilang terus pendirian lisa.. sampaikan lisa dah buat orang lain hilang hormat dengan diri lisa..

betol orang cakap, sebelum kita nak orang lain hormatkan kita, kita dulu yang kena hormat diri kita..

menyesal??
lisa bukan jenis yang mudah menyesal selagi lisa mampu berusaha..

yang penting,
benda yang lepas, jadikan pengajaran..
at least lisa belajar untuk lebih yakin dengan diri sendiri..
kembali menjadi lisa..
dan sayangkan diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.. 








..

Sunday, November 25, 2012

lumrah hidup sebagai manusia..

lumrah kehidupan..

tak semua yang kita harapkan kita akan dapat..sebabnya dalam dunia ni tak ada yang sempurna..

pengajaran baru dalam hidup..

untuk bahagia, kita perlu satukan semua aspek dalam hidup, jujur, hormat menghormati, ikhlas, dan sentiasa bertolak ansur.. perasaan cinta kepada pasangan sahaja tidak cukup untuk menjanjikan bahagia.. dan hubungan antara dua individu sahaja juga tidak dapat menjanjikan bahagia dimasa akan datang.. dan paling penting.. niatkan untuk CINTA SAMPAI SYURGA, agar kita sentiasa ingat yang kita perlu siapkan diri kita untuk meletakkan diri kita disyurga ALLAH S.W.T.. 

..

Monday, November 19, 2012

hati rasa tak tenang..

dah beberapa hari..
sejak umur lisa genap 24 tahun..
lisa rasa macam tak sedap hati..
rasa macam serabut..
rasa macam ada yang tak kena..
hati pun rasa tak tenang..

puas lisa fikir positif..
mungkin semua ni hanya perasaan lisa je..
hanya lisa je yang fikir bukan-bukan..

setiap kali lepas solat, lisa selalu berdoa..
agar dipanjangkan umur lisa,
dan jika ditakdirkan umur lisa tak panjang,
lisa berharap sangat, lisa sempat balas jasa mama dan ayah, buat diorang bahagia, dan bangga dengan lisa..
aminnn~

lisa teringatkan cerita 100 hari yang lisa tengok kat youtube..
ajal maut menjemput manusia, tanpa mengira darjat, umur dan kesempatan hamba Allah itu untuk bertaubat..
maka, andai terasa diri ini berdosa, segerakanlah bertaubat, kerana ajal kita telah ditentukan dan ia tak akan ditangguhkan walalupun sesaat...

~Allah menyayngi hambanya yang sentiasa mngingati kematian, kerana Ajal itu adalah 1 janji dari Allah.. wallahualam..
..

Saturday, November 17, 2012

thanks everyone.. :)

16 november 2012..
genaplah umur lisa 24 tahun..
apa yang lisa rasa??

lisa rasa lisa happy sangat sebab lisa terima banyak sangat wish dan doa-doa dari kawan-kawan lisa.. thanks u alls..
umur lisa sekarang dah 24 tahun.. 1 umur yang lisa rasa cukup matang untuk seorang perempuan..
ada diantara kawan-kawan lisa dah pun menjadi ibu..
so that, hari ini buat lisa terkenangkan keadaan mama lisa disaat mama nak lahirkan lisa..
dan ini wat terfikir.. patut ke lisa bergembira menyambut hari lahir sedangkan 24 tahun lalu, mama lisa berada dalam kesakitan berjihad bertarung nyawa untuk melahirkan lisa..

sepatutnya hari ini lisa menyambut bersama mama dan ayah, sebab mama dah lahirkan lisa, ayah mendidik lisa dan menjaga lisa..
dan hari ini sepatutnya juga lisa bersyukur kepada Allah, sebab 24tahun lalu Allah mengizinkan lisa untuk lahir dan mengenal dunia, sehingga ada kala lisa leka dan terlupa dimana lisa berada.. tapi Allah tetap sayangkan lisa sehingga lisa sedar, lisa banyak buat silap..

terima kasih Ya Allah,
terima kasih mama,
terima kasih ayah,  
terima kasih semua yang mendoakan lisa..
lisa pun doakan kalian semua dipanjangkan umur dan sentiasa dirahmati Allah..
..

Tuesday, November 13, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA vs HANTU KAPCAI

finally.. dapat jugak lisa tengok both that movie..
but, lisa rasa both cite oke-oke jer.. ada yang lebih.. and ada yang kurang..
ciptaan manusiakan.. think positif je la.. :)

for Aku Terima Nikahnya.. lisa suka sangat dengan jalan cerita dia..
very nice and sweet..
biasalah.. for girlz macam lisa ni.. bila tengok cite yang sweet-sweet camtu.. of course la tengok sambil berangan kan?? hohoho.. lagi-lagi.. nama heroin dia pun LISA.. makin la menjiwai watak nora danish yang super cute tu kan.. hahaha.. tu yang buat lisa ulang tengok sampai 4x.. ops!.. hahaha..
tapi.. yang lisa perasan kebanyakan movie romantik melayu semua scene dia pendek2.. thats it yg buat lisa cakap cite tu boleh-boleh la.. tak sempat nak sedih sangat-sangat.. air mata pun sempat keluar 3 titik je... cite dah habis.. huhuhu..
sama gak macam cite ombak rindu yang mana kita semua tau.. cite tu sepatutnya jauh lebih best dari movie yang ada.. :)

 

and untuk Hantu Kapcai plak.. nk komen apa ek?? korang rasa camne?? best ke?? lisa tengok... ermmm.. macam tak logik pun ada..huhu and cite ni buat lisa teringat kat cite hindustan.... Hello Brother.. yang Salman Khan berlakon tu... jalan cerita dia ada lebih kurang gak la kan.. and lisa sebenarnya tak minat sangat dengan cerita yang pada lisa tak logik.. even lisa rasa akan ada yang cakap
 "laaa.. tu cite je kot"
tapi, lisa suka tengok cite yang buat lisa berfikir nape cite tu macam tu.. pergghhh.. dah macam Elbert Enstein je kan?? hahaha.. betol pe.. tu la yang dinamakan menjiwai watak.. :P
so, disebabkan lisa tak minat jalan cite.. sepanjang lisa tengok cite tu.. lisa just focus pada watak zizan tu je.. sebab dia kan raja lawak.. hihihi..
lisa bagi 3/5 la tuk cite ni.. :) peace..




..

Monday, October 29, 2012

feel so weak.. :(

semua orang nak happy.. begitu jugak dengan lisa..
tapi.. dengan keadaan sekarang... bukan ni yang lisa nak.. :(
serius lisa rasa penat sangat..
penat dengan kelemahan sendiri..

kalau ini yang mampu buat orang sekeliling lisa happy..
lisa terima.. malas nak fikir.. nanti lisa yang sakit kepala.. walaupun dalam hati ALLAH je yang tahu apa yang lisa rasa..

makin lisa tahan.. makin sakit rasanya..
hanya pada ALLAH tempat lisa mengadu.. adakah lisa yang terlalu lemah untuk hadapi dugaanMU??
aku mohon.. berikanlah aku petunjukMU~~







..

Monday, October 15, 2012

renungan... betapa berharganya wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

..

Friday, September 28, 2012

cik enpon merajuk..

haissshhhh... yang ni lisa lemah ni..
baru setahun pakai dah buat hal..
isk3....
baru berangan nak beli enpon baru..
yang ni dah kecik ati..
hurmmm... 
lisa belom ready lagi nak upgrade cik enpon lisa ni..
lom mampu la..
budget pon takde..
so jangan la buat hal...
pleaseeee....

**kebelakangan ni asyik hang je.. and selalu ter'off sendiri... :'(

..

Friday, September 21, 2012

seseorang... seseorang..

SESEORANG yang ada dalam hidup kita hanya milik Allah.
kita cuma pinjam. tapi segalanya Allah yang punya.

SESEORANG itu Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu.
dia berhak beri cinta dan kasih sayang. dia juga berhak tarik balik semua itu.

SESEORANG yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita.
dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit dihujungnya.

SESEORANG itu harus ingat bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita,
dari situ kita mula belajar erti redha.

SESEORANG itu tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.. insyaAllah...

.




Wednesday, September 19, 2012

privatekan....muktamat!!

setelah puas fikir..
akhirnya lisa amik keputusan untuk mem privatekan lisa punya blog ni..
cian semua readers lisa..
huhuhu..
tak pe la.. blog ni kan blog lisa..
so that.. mulai hari ini.. hanya lisa dan hati lisa je yang boleh 'bersuara' dalam blog ni..
dan hanya mata lisa je yang dapat tengok dan baca blog yang simple and sweet ni..  macam tuan dia.. agagaga..

kenapa lisa privatekan blog ni??
sebab lisa rasa apa yang bakal post lepas ni semuanya hanya mengenai life lisa je.. somthing yang lisa rasa sangat privasi.. yang lisa rasa xperlu kot nak share dengan orang atau mungkin jugak belom masanya.. :)


..

Monday, September 17, 2012

kelebihan bio oil..


di hari yang membosankan ni.. sebab 1 hari duduk rumah je.. huhuhu.. so lisa nak share something.. kira macam testimoni gak la.. ngeee~~

 

cite bermula lebih kurang 2 tahun lepas.. ex rumet lisa yang introduce lisa dengan minyak bio oil ni.. sebelum tu lisa selalu tengok iklan kat tv je.. nk beli macam tak yakin la plak.. coz lisa ni bukan jenis yang suka nak mencuba product-product baru.. takut sangat kalau tak sesuai..  sampai la 1 ari.. lisa digigit tebuan kat peha.. dari kesan gigitan dan lebam..wujud la parut yang agak besar la.. dan hitam.. sedih sangat..
start dari tu la lisa beranikan diri nak pakai BIO OIL ni.. demi nak ilang parut, lisa sanggup!.. tu pun after beratus kali search info kt google pasal bio oil ni.. huhuhu..

lisa sapu tak kira masa.. biasanya lepas mandi dan sebelum tidur..

selain kat parut tu, lisa pun guna minyak bio oil ni kat muka, sebenarnya lisa ni jenis 'tangan gatal'.. pantang tengok ada jerawat baru nak tumbuh kat muka, sengaja je duk picit.. kononnye best la... pastu esoknye.. padan muka.. jerawat hilang parut ada..
tapi after guna bio oil ni..  Alhamdulillah, lam masa beberapa minggu parut jerawat semakin pudar.. dan yang paling syok.. kulit muka pun semakin lembut...serius tak tipu!! :D

kesan penggunaan mungkin bergantung dengan jenis kulit, tapi Alhamdulillah kulit lisa sesuai..
so.. untuk semua orang yang nak kulit cantik boleh la guna BIO OIL ni... harga dia pun berpatutan botol kecik cuma RM 35..  dan penggunaannya sangat berbaloi... :)

kegunaan minyak BIO OIL untuk menghilangkan :
~ parut
~ bekas kulit teregang
~ ketidakseragaman warna kulit
~ penuaan kulit
~ kulit kering


keistimewaan produk BIO OIL :
~ hasil yang terbukti secara klinikal
~ vitamin A dan E... baik untuk kulit..
~Minyak kalendula, Lavender, Rosemary dan kamomil... thats y bau minyak ni wangi-wangi cikit
~ tidak berminyak dan penyerapan yang cepat
~ sesuai untuk kulit sensitif
~ tiada pengawet

~yang paling penting HALAL!!mana nak beli???
minyak BIO OIL ni boleh didapati di watson, guardian dan di farmasi-farmasi yang berhampiran..

Sunday, September 16, 2012

cinta tak semestinya memiliki..

~ bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tidak diterima

~ cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan untuk dicintai..

~ wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu, kerana apa yang kita berikan,  kerana cinta selalu datang dari hati kita disaat itu juga..

~ menjadi seorang yang memberi adalah lebih bahagia daripada menjadi seorang penerima..tapi, bila kita menginginkan seseorang yang kita cintai, keinginan itu la yang memberikan pahit dihati, namun jangan sesekali menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu..

~ ada kalanya keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian, tapi..
percayalah pada diri... selalunya cinta yang kita semaikan seadanya takkan pernah bertepuk sebelah tangan.. :)

~  ..

congrats to all..

sepanjang beberapa bulan ni.. hurmm.. rasanye baru 3 bulan lisa xupdate blog ni ramai dah yang sudah bertukar status..
1st of all congrats to kawan-kawan lisa yang dah naik pelamin..

1st wish of course tuk best friend lisa.. fatehah @ teah..
baru je beberapa jam yang lepas dia selamat jadi isteri orang..
sangat happy untuk you dear.. but.. sory sangat-sangat tak boleh nak attend your wedding.. ada banyak sangat halangan yang tak membenarkan diri ini untuk berkongsi kegembiraan u dear... apa pun i selalu doakan u bahagia sampai syurga dengan oki n jadi the best wife for him.. :)

ni pic teah time nikah..nampak suci dengan baju nikah kaler putih tu.. so sweet.. 

ni plak pic teah and husband time majlis.. and kalau tengok betol-betol both of them ada iras.. orang cakap kalau ada iras ni jodoh panjang.. insyaAllah.. congrats dear.. :)
**both pic dicuri dari FB teah.. ngeee

sebak plak rasa taip wish ni.. actually lisa nak sangat pergi.. and memang lisa dah janji dengan best friend lisa untuk attend wedd dia.. tp.. atas sebab-sebab tertentu lisa tak boleh nak pergi gak... sedihnyerrrr~~ :'(

apa pun u tunggu ur wedd present dr abe posmen k..

selain teah ada jugak beberapa kawan sekolah, kawan kolej n kawan uni lisa yang dah selamat menjadi wife and husband org.. congrats sume.. dayah, hadijah, shasha, ema, ikah n sumenye.. semoga u olls jd isteri mithali tau.. :)

setel with orang kahwin..

de jugak yang dah bertunang.. waaaa... ramainya..

cousin lisa je 2 orang yang baru bertunang..

congrats to boboy yang selamat bertunang dengan kak jijah.. insyaAllah majlis diorang ujung thun ni..and congrats gak to beloved cousin lisa,  isma yang selamat bertunang seminggu lepas si boboy tu bertunang.. isma ni lagi muda dari lisa.. so.. lisa rasa pasrah oke!!

ni isma, cousin lisa.. ni majlis tunang dia.. serba hitam u..  siap wat peace n duck face lagi.. wat spoil keanggunan betol.. huhu 

 
ni pun cousin lisa gak.. boboy.. with his fiance.. siap ada outdoor lagi.. kelas gitu..
yang sedihnye both cousin lisa punye engagement day lisa tak boleh nak attend sebab lisa tak dapat cuti.. sangat sedih.. even hakikatnye lega cikit coz dapat mengelak dari dari soalan-soalan cepu emas.. huhu

selain dari 2 orang cousin lisa, kawan-kawan lisa pun ramai yang dah bertunang..

waaa!!!! tahun ni memang musim kawan-kawan lisa kawin ek?? ataupun sememangnya range umur lisa sekarang memang time untuk kahwin?? yang pasti itulah hakikatnya..
kalau memang hakikat, lisa bila lagi??
opps!!! jangan ditanya... nanti dah de tarikh lisa bagitau... lalalalala

selain dari nikah and bertunang.. ada jugak kawan-kawan lisa yang baru dapat baby, and akan dapat baby tak lama lagi.. waaaaa... best moment ni...
so congrats to cousin lisa, aida yang selamat dapat anak kedua baru-baru ni.. aida ni sebaya lisa and anak dia dah 2 orang.. so?? no so so ok!!
selain tu lisa dapat tahu 2 orang kawan sekolah lisa dah jadi ayah, 3orang bakal jadi ibu and sorang lagi insyaAllah akan jadi ayah awal tahun depan..
seronoknye la kan dapat baby yang comel2.. :)

apa pun lisa suka tengok orang sekeliling lisa happy..
sebab kebahagiaan diorang adalah kebahagiaan lisa.. insyaAllah.. :)


....

Wednesday, September 12, 2012

ditipu sipenipu....

rasanya dalam dunia ni takde orang pun yang suka diri dia ditipu kan??
begitu jugak lah dengan lisa..
selama ni lisa baik dengan orang..
lisa baik dengan dia..
tapi..

sebelum ni lisa pernah buat entry khas untuk dia..
sebab sebelum ni lisa anggap dia la manusia yang paling rapat dengan lisa selain family and bestfriend lisa..
and selama ni lisa anggap dia lelaki yang paling rapat dengan lisa.. macam abang..
tapi.. selepas 7 tahun, dalam sekelip mata je dia musnahkan status tu..

lisa pun tak tahu kenapa dia sorokkan status dia kat lisa..
apa motif??
lisa tak kisah pun..
cuma selama ni perbuatan dia dah buat mama lisa jadi mengharap dekat dia..
dan yang pasti lisa la yang jadi mangsa..

sampai kini mama lisa still belum tahu perkara sebenar..
dan lisa rasa biarlah benda ni terus jadi rahsia..
even dia sendiri pun tak tahu yang lisa dah tahu siapa dia..

nk buat macam mana..
sepandai-pandi tupai melompat.. akhirnya jatuh tergolek jugak.. huhuhu..

apa yang lisa boleh ucapkan untuk dia..

please, i'm begging u..
jadilah husband yang baik untuk ur wife yang lisa tengok memang baik..
lisa tak dapat bayangkan kalau lisa berada ditempat ur wife and mempunyai husband yang yang tak reti nak hargai wife sendiri..
and lisa paling benci lelaki yang dah kahwin tapi mengaku bujang..
so that, now, lisa dah benci kat kamu.. seriously.. rasa hormat lisa dah hilang.. dan bertukar jadi meluat bila lisa tengok ur pic..

lisa kecewa??
ntah.. tapi seriously terkilan sangat-sangat..
dia buat lisa makin tak percaya dengan kata-kata lelaki..
selama ni lisa ingat lelaki sebaya lisa je yang bermulut manis..
rupanya tua muda sama je.. huh!!

lisa sedih??
maybe.. coz, he is the one yang mama lisa harapkan untuk lisa..
calon menantu idaman?? dia tak layak kot..
sebab dia dah buktikan dia langsung takde ciri-ciri suami mithali..
but now, lisa dah lost..
tak tahu macam mana lisa nak terus terang dengan mama..
bagitahu je yang dia tu sebenarnya dah kahwin and dah ada anak sorang??
tak mungkin kot.. coz lisa pasti nanti mesti lisa yang kena balik..
so??
cakap je yang dia sebenarnya tak serius pun dengan lisa.. dan lisa pun tak nak dekat dia..
hurmmm... sekurang-kurangnya lisa masih menjaga maruah dia depan family lisa.. hurmmm.. nape lisa terlalu lemah??
maybe sebab dia banyak tolong lisa.. since lisa sekolah sampai sekarang..

oke.. start from now..
lisa tak akan angkat phone call dari dia lagi..
janji??? hurmmm... tak nak tak nak..
lisa plan  something... nak kenakan dia...
just nak bagi dia kantoi je...
apa lisa nak buat??
tunggu~~~~~

..

Monday, September 10, 2012

mengingati dia buat lisa tak rasa sunyi..

ramai yang cakap kat lisa..
jangan dikenang benda yang dah lepas..
jangan diratapi orang yang dah tak ada..
lisa faham..
sebenarnya lisa sendiri pun tak nak jadi macam ni..

tapi semua ni takkan jadi kalau tak ada orang yang sakitkan hati lisa..
semua ni takkan jadi kalau tak ada orang yang buat lisa kecewa..
lisa penat nak melayan kerenah manusia..
lalu lisa memilih untuk menyendiri..

beberapa bulan lisa senyap tanpa berblogging..
sepanjang tu juga lisa banyak habiskan masa dengan kawan-kawan, study dan family..
bila sunyi, lisa habiskan masa update blog lisa yang lagi satu..
yes, my second blog..
cerita lisa dan dia..
cerita lisa dan zam..
cerita yang tak pernah padam dari ingatan lisa..
dan semua tu sentiasa buat lisa terasa dia sentiasa ada dengan lisa..
sesungguhnya mengingati dia buat lisa tersenyum dan lisa tak akan rasa sunyi.. :)

dan baru-baru ni lisa terjumpa semua barang-barang yang arwah pernah bagi kat lisa..
lisa dapat kumpulkan semua..
Alhamdulillah.. :')
lisa ingatkan semua barang ni dah hilang..
so, sekarang complete semuanya..
kad raya, baju, teddy, gambar, surat... cuma cincin je yang lisa tak jumpa.. :"(
mungkin hilang time mama kemaskan barang lisa time pindah dulu..

i missed all our moment
 

..

Sunday, May 6, 2012

parah.. parah...

hakhakhak... parah..parah...
kalau sebelum ni lisa pernah mimpi remy ishak selamatkan lisa dari momok..
jadi hero lisa tu.. :P
then semalam lisa mimpi lisa bertunang dengan fizo omar..
and ni kali kedua lisa mimpi lisa bertunang... *petanda apa ni??

tp serius macam real...
rasa macam takmo bangun je dari tido tadi... hakhakhak

lisa pakai baju kurung moden kaler creme terang.. cantik and simple je baju tu.. :D
siap ada tiara lagi tu.. hikhik
tapi lisa frust tak dapat tengok muka lisa pas kena makeup... hahahahaha..
boleh plak tak jumpa cermin.. hukhuk
sebab dalam mimpi tu mama lisa cakap "cantik makeupnye"
teringin gak nak tengok muka lisa kena makeover..
kot kot boleh transform jadi muka selena gomez ke..
mana tau kan?? hahaha...
bahagia sungguh bunyinya~~
of course la... dah jadi tunang fizo omar dalam mimpi..

hishhhh~~~ ni mesti teringatkan cerita cinta untuk emelda ni...
tapi... cerita tu minggu lepas lagi dah habis.. huhuhuhu...

 

sentiasa berdoa agar cepat ditemukan dengan jodoh... tak mahu cinta lama-lama... aminnn~~


.

Friday, May 4, 2012

insyaAllah

tiba-tiba hati ni terasa sayu sangat..
dan rasa teringin sangat nak pergi kesana..
lisa akan usahakan..
dan insyaAllah, lisa akan sampai jugak kesana...
aminnn~





.

Wednesday, May 2, 2012

:)

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥
..

 

Saturday, April 28, 2012

kenangan..

dua hari lepas sembang-sembang dengan mama kat depan rumah..
time ngah bersembang.. mama cakap.. "dia dah takde pun.. jangan la duk fikir je.. dulu time dia ada mesti kakak tak nampak semua ni kan??"

hurmmm... betol cakap mama.. dulu time dia ada.. terasa lisa banyak sia-sia kan dia..
lisa rasa kalau lisa kat tempat dia, lisa akan sedih sangat dengan pe yang lisa dah buat..
tapi dia tak.. time tu dia tetap ada untuk lisa..
cuma lisa yang lambat sedar..
tapi, bila lisa dah sedar, tiba-tiba dia tinggalkan lisa bersama dengan kenangan dan kebaikan yang terlalu banyak.. sampaikan lisa susah nak mencari seseorang yang macam dia..
.

Wednesday, April 18, 2012

kilauan emas... berkilau ke??

oke... ni first time lisa tengok rancangan kilauan emas..
korang pernah tengok tak??
rancangan nyanyian untuk warga emas kt ASTRO PRIMA..
kebetulan lisa tertengok coz lisa bukak astro prima online..

apa komen??
apa korang boleh komen bila on9 je trus nampak makcik warga emas nyanyi lagu pop versi rock sambil lompat2..
dia betol-betol wat lisa ternganga jap tau..
adoi... huhuhu
oke.. cukup la cite pasal dia..
ngeeee~ :D

**malam ni nak kemas beg siap2.. :D
  ..

Sunday, April 15, 2012

confuse...

tiba-tiba je semua berubah..
dalam 1 hari...
lisa terasa hilang semuanya..

terasa macam ayat lisa surihani dalam cerita 'sekali lagi'.. :)
tapi tu la hakikatnya..

dalam sekelip mata, lisa kehilangan orang yang mula wat lisa terasa disayangi..
dan dalam sekelip mata juga lisa terasa lisa kehilangan sorang kawan..
apa salah lisa??

tiba-tiba menghilang..
tiba-tiba menjauh..
lisa cuba fikir.. apa yang lisa dah buat??

terasa penat nak melayan kerenah orang..
nak fikir masalah yang lisa sendiri tak tahu..
sedang kan masalah lisa yang sedia ada..
tetap lisa simpan..

dari dulu, lisa selalu fikirkan orang..
selalu cuba untuk menjaga perasaan orang..
dan cuba untuk tak menyusahkan orang..

tapi kenapa orang buat lisa macam ni??

mama cakap lisa ni terlalu lembut..
terlalu fikirkan orang lain,
sampai orang senang nak amik ksempatan..
tapi....~~ :(


**mama... elly nak balik~~~ :'(

..

BERTEMU dalah KESEMPATAN.. MENCINTAI adalah PILIHAN

Ketika kita BERTEMU dengan seseorang yang buat kita tertarik itu bukan PILIHAN tapi merupakan sebuah KESEMPATAN..
Bila kita memutuskan untuk MENCINTAI orang tersebut bahkan dengan segala kekurangan dirinya itu bukan KESEMPATAN tapi merupakan satu PILIHAN..
Ketika kita memilih untuk bersama dengan seseorangwalau apa pun yang terjadi sedangkan kita tahu bahawa terdapat lebih banyak orang yang lebih baik,lebih cantik menarik dan lebih kaya dari pasangan kita tapi kita lebih memilih untuk tetap mencintainya.. itu bukan KESEMPATAN tapi sebuah PILIHAN.. Perasaan cinta , kasih , sayang dan rindu hadir sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita.. Tapi mencintai dengan rasa cinta yang bersungguh-sungguh di hadapan Allah SWT dan manusia bukan KESEMPATAN bagi kita bahkan sebuah PILIHAN..
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita.. Tetapi mencintai dan tetap setia bersama dengan pasangan jiwa kita merupakan PILIHAN yang telah kita buat dan merupakan sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atas kita di hadapan Allah SWT dan sekalian manusia..
Kita di dunia ini bukan mencari seseorang yang sempurna untuk di cintai..
Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang belum sempurna dengan cara yang sempurna.. Mari belajar mencintai dan menyayangi orang yang BELUM SEMPURNA dengan cara yang SEMPURNA..
Kerana pasangan kita adalah belahan jiwa kita..Agar jiwa kita menjadi SEMPURNA di hadapan ALLAH.. TAKDIR yang mempertemukan merupakan KESEMPATAN.. Segala yang indah telah di siapkan oleh ALLAH SWT di atas segala PILIHAN yang telah kita lakukan..

 

ingatlah...~ :)

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
 12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

 ..

Saturday, April 14, 2012

still menanti..

lisa dah menyangka..
ada yang tak kena..
then... memang ada yang tak kena..
and lisa rasa lisa oke je kot..
dah bersedia nak dengar cerita dari dia nanti..
tadi.. cerita dia still tergantung..

apa pun yang akan jadi pasni.. lisa terima..
dalam kepala ni memang dah tak de ruang untuk lisa try think positif..
sumenye negatif je..
after 3hari bersolat hajat..
mintak dikuatkan hati.. untuk menerima rasa yang mula wujud..
lisa rasa, lisa dah cukup kuat kot..
sekurang-kurangnya lisa tak nangis kerisauan..
kira kuat la tu kan?? :)

hurmmmm.... tapi hati still neves... :(
tak sabar nak tunggu...
lisa nak tau cite..
biar semua clear..
tak ada prasangka buruk..
tak ada fikiran negatif..
apa-apa jer lisa terima..
lisa redha..
lisa sabar..
Allah sayang hambaNya yang sabar..
so, lisa bersabar...

semoga kesabaran lisa terbalas dengan senyuman.... aminnn... :))
..

moody day...

hari ni rasa macam semuanya serba tak kena..
hati pun rasa tak seronok jer..
lisa ada buat silap ke??
hurmmm..

dengan yang serumah..
tak bercakap..
masing-masing moody..

dengan yang jauh..
sama jer..
1 hari tak ada berita..
lastnye dapat mesej..
dia pun ngah takde mood coz de prob dengan kerja..

kalau ikutkan dari semalam lagi lisa dah takde mood..
rasa tention jer..
banyak sangat benda lisa fikir..
mostly pasal study...
sampai naik jerawat 2ketul kat muka... *padan muka*
tapi, lisa takde pun nak emo kat orang..
just hope ada orang yang boleh wat lisa senyum..

kenapa nak lepaskan tention kita kat orang lain??
hurmmm... lisa bukan marah..
just tak puas hati..

lisa yang terlalu fikir perasaan orang ke??
terlalu fikir untuk jaga hati orang lain and simpan rasa sedih,penat,tention sorang-sorang..
sampai ada yang cakap..
"ko fikir pasal diorang, tapi ada ke diorang fikir pasal ko??"

hurmmm...
tiba-tiba lisa teringat kawan lisa yang sorang ni..
nama dia filiz..
terus lisa cari dia dalam FB..
syukur sangat... dia online.. :)

pada lisa dia ni sorang girl yang sentiasa happy..
sembang dengan dia, mesti buat lisa tenang cikit...
dear, nape la u jauh sangat??
i teringin sangat nak jumpa u dear..
tapi malaysia n turki tu bukan macam kelantan n kl...
but i think 1 day i'll meet you there.. :)

 ..