Followers

Sunday, January 16, 2011

ciri-ciri sahabat sejati menurut imam Al-Ghazali.. :)

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinye :"Wahai anakku, sekiranye engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti berikut :

1. jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akn mem
bantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada
kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan itu.

8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya.

9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu.

10. Jika kamu berdua beselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta m
elarang melakukan perkara buruk dan maksiat.

12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

"Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik t
erhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R Al- Hakim)

p/s : ble kte baik dngan org, insyaAllah, org pn akn baik dgn kte... jgn ske ckp buruk psl org, coz diri kte sndri blum tentu sempurna.. :)

with love,
-lisa-

No comments:

Post a Comment