Followers

Sunday, March 4, 2012

dariku untukmu.. kerana kita wanita...

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..

Sesungguhnya engkau umpama bunga..

Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..

Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!

Kuntuman yang sedang mekar..

Turut bersamanya haruman yang tersebar..

mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..

Sebenarnya engkau diperhatikan..

Dek kumbang yang berpergian..

Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..

Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..

Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..

Pabila dirimu dihampiri..

Kau semakin lupakan diri..

Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..

Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..

Engkau bukan Khadijah wanita mulia..

Engkau juga bukan Aisya Humaira..

Apatah lagi rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..

Umpama bunga..

Mudah saja dipetik kelopaknya..

Seandainya tak dipagari malu,

Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..

Aku malu..

Pada diriku..

Pada dirimu..

Ya Allah..

Aku juga rasa malu..

Malu kerna aku lupa untuk malu,

Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..

Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..

Bentengilah dirimu dengan rasa malu..

Lebihkan rasa malumu

Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..

Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..

Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..


.

No comments:

Post a Comment