Followers

Friday, April 26, 2013

Lupakan andai dia bukan milikmu

Tidak dinafikan kesedihan dan kegembiraan masa lalu terlalu sukar untuk dilupakan..

"Tiada yang paling indah dalam hidupselain bersaudara denganmu, tiada yang paling sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana kebaikan dan pengorbananmu."

hidup memang perlu bertoleransi kerana membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengayakan jiwa, melagakan nafas dan menjamin bahagia. Namun, atas pelbagai sebabdan alasan, adakalanya kita WAJIB melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik, tapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya.
setiap kali teringat, hati terasa terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina buku baru.

 

Bagaimana??

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk nombor telefon, gambar, hadiah dan semua yang boleh mengingatkan kita kepadanya....bukan tidak menghargai pemberiannya, tapi tidak mahu lagi terkenang-kenang.

- Kenang kejahatannya lebih dari kebaikannya....bukan hendak menafikan kebaikkannya, tapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

-Anggap dia bukan dijadikan untuk anda.... dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain. Mungkin dia tidak baik untuk anda dan sebaliknya.

- Percaya pada jodoh.... Takdir dan hikmah disebalik perpisahan ini pasti ada, anggaplah ini satu pelajaran dalam hidup.

- Carilah pengganti.... Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik. kalau terus menangisi sesuatu, kenbahagiaan pun takut dengan kita tau.. ^_^

- Usah biarkan hati digayut rindu....ramai lagi orang lain yang perlukan kamu dan ramai lagi yang rindukan kamu.

- Elakkan dari kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.... sekurang-kurangnya bila berjumpa orang lain kita tak ada masa untuk mengingati benda yang dah lepas.. ^_^

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah mengenalinya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan dengan insan yang salah supaya akan lebih ersyukur apabila ditemukan dengan insan yang betul.... ini mengajar kita untuk belajar dari kesilapan.. ^_^

- Mohon pada Allah supaya dia lenyap dari fikiran kita.... jika ditakdirkan dia bukan jodohku lenyapkanlah dia dari ingatanku, kerana sesungguhnya cinta abadiku hanya padaMu ya Allah...

Biarlah masa merawat segalanya. tak guna untuk terus menangisi kehilangan si dia tapi itu tidak bermakna kita tak boleh menangis bila setiap kati hati kita terasa teramat rindukan si dia. Biarlah sesekali air mata itu membasahi pipi agar berkurangan rasa rindu di dada.

jangan sesekali merasa putus asa untuk bercinta lagi. Jangan menjauhi cinta dan jangan menghalang cinta mendekati diri kita. Percayalah apabila kita dicintai, kita akan lebih mudah untuk melupakan si dia. 





..

2 comments: